Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Terima Bon 1 Juta Euro,” Ustaz Kazim Kecewa Ada VIP Cuba Ambil Kesempatan

 Sakit yang dialami oleh pendakwah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias yang didedahkan sendiri olehnya beberapa minggu yang lalu telah menghadirkan rasa simpati kepada ramai orang.

Rata-rata mereka mendoakan agar pendakwah tersebut segera sembuh dan penyakit yang dihidapinya menemui penawar.

Namun begitu, dalam beliau melawan rasa sakit serta sedang gigih berusaha mencari ikhtiar, ada individu yang cuba mengambil kesempatan dengan ‘mempermainkannya’.

Menerusi perkongsian terbaru Ustaz Kazim, beliau memaklumkan ada pihak yang merupakan orang kenamaan (VIP) telah hadir ke Maahad Tahfiz Al Barakah miliknya.

Apa yang membuatkannya ralat, VIP bergelar Dato’ Seri itu telah memberikannya bon 1 juta Euro. Menurutnya lagi, bon tersebut boleh ditebus dalam masa satu bulan.

“Dia ingat kami di Al Barakah ni bod*h gamaknya.
Berhati2 la kpd pengusaha Maahad Tahfiz, Sekolah2 Pondok dan org yg sakit seperti saya ini dgn scammers yg begitu berani dan terang2 skrg ni.
Mula2 kata nak ziarah, pastu nak tolong berubat pastu bg bon.. pastu? ” jelas Ustaz Kazim kecewa.

Dalam kapsyen yang disertakan dengan gambar bon 1 juta itu, pendakwah bebas berkenaan berpesan supaya jangan mudah tertipu dengan scammer dan meminta individu tersebut supaya takutlah dengan Allah dalam apa juga tindakan yang dilakukan.

“Allahu akbar…takutlah kpd Allah..kita akan mati.
Takutlah kpd Allah.Kepada org sakit, org2 tua, anak2 tahfiz, sekolah pondok sanggup ada yg ambik kesempatan, ujarnya.
“Awas jangan sampai anda TERTIPU!” tulisnya lagi.


Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut menzahirkan rasa kecewa dengan individu berkenaan kerana masih sanggup mengambil kesempatan dikala pendakwah terbabit sedang menderita sakit.

Mereka juga meminta Ustaz Kazim supaya melaporkan hal ini kepada polis agar tindakan undang-undang dapat dilakukan kerana cuba menipu orang lain dengan berpura-pura mahu menghulurkan sumbangan.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "“Terima Bon 1 Juta Euro,” Ustaz Kazim Kecewa Ada VIP Cuba Ambil Kesempatan "