Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tepuk Dahi Saksi! Nervous Akad Nikah, Mas Kahwin Jadi RM500 Juta Tunai?


 Tepuk dahi sambil mengucap panjang Itu reaksi spontan kebanyakan tetamu yang hadir termasuk saksi apabila pengantin lelaki tersasul ketika akad nikah.

Menerusi video yang tular di TikTok, pengantin berkenaan secara tiba-tiba menyebut nilai mas kahwin sehingga RM500 juta.

Tindakan ‘luar kawalan’ itu kemudian membuatkan ramai terkejut, namun pada masa sama ‘berdekah’ dengan momen melucukan itu.

“Nervous akad nikah punya fasal sampai aku punya mas kahwin jadi RM500 juta tunai,” kata pengantin lelaki tersebut sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, kebanyakan netizen turut ‘membahan’ pengantin berkenaan dengan pelbagai usikan manja.

Ada yang berseloroh mengatakan pengantin perlu memenangi loteri, namun tidak kurang juga bergurau supaya menjual buah pinggang untuk mendapat nilai sebanyak itu.

“Harga buah pinggang pun tak sampai juta bang, mana dapat duit ni bang”.

“Menang loteri ke bang sampai 5 juta”.

“Mengucap terus ko,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat video tersebut di bawah.

@msamdanial

NERVOUS AKAD NIKAH PUNYA PASAL SAMPAI AKU PUNYA MAS KAHWIN JADI RM 500 JUTA TUNAI ????

♬ original sound - Sam Danial

Post a Comment for "Tepuk Dahi Saksi! Nervous Akad Nikah, Mas Kahwin Jadi RM500 Juta Tunai?"