Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tak payah panggil Datuk, cukup Ifa Raziah sahaja

 


PETALING JAYA – “Sebenarnya dah lama (dapat gelaran Datuk) iaitu 2016 dari negeri Perak.”

Demikian pengakuan pelakon dan usahawan, Ifa Raziah mengulas tentang kesahihan perihal tersebut yang seperti kurang diperakui ramai.

Ifa atau nama lengkapnya, Saripah Raziah Mustapha bagaimanapun menjelaskan, dia lebih selesa tidak menggunakan gelaran kehormat tersebut untuk lebih berasa dekat dengan khalayak.

“Orang dah cakap tentang perkara ini waktu itu (2016) cuma saya kata, tak payahlah gunakan gelaran tersebut kerana saya nak dikenali sebagai Ifa Raziah.

“Saya dapat geMerendah diri dan tidak mahu terlalu menunjuk dirinya telah dikurniakan gelaran Datuk, Ifa bertegas, pangkat dan darjat bukanlah segala-galanya.

Merendah diri dan tidak mahu terlalu menunjuk dirinya telah dikurniakan gelaran Datuk, Ifa bertegas, pangkat dan darjat bukanlah segala-galanya.

“Tidak mengapa, kita ‘low profile’, tak bawa ke mana pun pangkat. Bagi saya sama sahaja. Lagi susah nak minta sponsor (ketawa).

“Tapi kalau kalian tanya, memang benar dapat gelaran Ahli Setia Diraja,” dedahnya lagi.

Dijentik persoalan dengan segala kemajuan perniagaan untung berlipat-ganda, Ifa ketika disoal sama ada dirinya sudah mengecap status jutawan berkata: “Banyak sahaja Datuk yang tak jutawan (tertawa).

“Pasal itulah, saya tak nak guna gelaran Datuk sebab saya bukan jutawan.

“Biarlah orang nampak, orang nilai sahaja. Gelaran Datuk bukan jalan mudah nak berjaya. Saya suka lagi dengan nama Ifa Raziah ataupun orang panggil saya Miss Diva Pukpukpukk.

“Bila orang panggil saya Datuk, saya rasa macam tak payahlah. Panggil mak hayam lagi seronok atau ‘mader’.

“Sungguhpun begitu, kalau ada memenuhi undangan majlis-majlis rasmi, saya akan gunakan gelaran Datuk tapi dengan nama penuh. Sekarang dan kebanyakan masa, panggil Ifa Raziah sahaja itu nama pentas saya,” jelasnya.

Jenama diasaskannya, StarVendors yang beroperasi selama 75 jam tanpa henti sebelum ini pernah menerima pengiktirafan The Malaysia Book Of Records sebagai “Festival Raya Terpanjang Selama 75 Jam Tanpa Henti”.

Untuk rekod, Ifa, 47, dikurniakan darjah Ahli Setia Ditaja dari negeri Perak pada Januari 2016. – KOSMO! ONLINE    

Post a Comment for "Tak payah panggil Datuk, cukup Ifa Raziah sahaja"