Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Shahir Zawawi Bakal Tamat Zaman Bujang Selepas Dua Bulan Kenal Calon Isteri… Rancang Kahwin Tahun Depan

 

 Penyanyi Shahir Zawawi berkongsi dia bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang wanita yang baru dikenali sejak dua bulan lalu.

Menurut Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 34, perancangan untuk berkahwin adalah suatu yang tidak dijangka dan dia selesa memilih wanita tersebut sebagai calon isteri walaupun tempoh perkenalan agak singkat.

“Kami baru sahaja berkenalan dan hubungan kami berjalan lancar. Saya selesa bersama dia dan kami sama-sama mahu ke fasa seterusnya.

“Memang tidak jangka akan berkahwin, tetapi saya anggap usia sekarang ini sudah sesuai untuk menuju ke arah itu. InsyaAllah paling cepat tahun depan.

“Aturan Allah kita tidak tahu, mungkin lebih cepat lagi. Setakat ini belum ada tarikh, hanya merancang sahaja,” katanya.

Memberitahu wanita berkenaan bukanlah seorang yang terlibat dalam industri seni, Shahir memberitahu dia sudah menitipkan pesanan awal buat bakal isterinya itu terutamanya perhatian peminat yang akan diterima selepas berkahwin.

Enggan mendedahkan identiti wanita tersebut, Shahir memberitahu dia akan berkongsi berita gembira ini apabila tarikh perkahwinan mereka sudah hampir nanti.

“Dia boleh faham dengan perjalanan dunia seni dan boleh sesuaikan diri.

Shahir tidak akan sorokkan tarikh perkahwinan.

“Semestinya jika sudah dekat tarikh perkahwinan nanti saya akan beritahu kepada semua. Tidak mahu pula timbul fitnah jika ada yang nampak saya bersama seorang wanita,” ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang perjalanan seni, juara program Hijrahkan Laguku ini memberitahu dia menerima tawaran menyanyi selepas memenangi program tersebut.

“Syukur tawaran dalam dunia seni berjalan lancar. Sepanjang bulan Ramadan lalu banyak tawaran untuk mengaji kerana mengikut kesesuaian.

“Saya baru sahaja tampil dengan lagu duet bersama Mawi berjudul Qasidah Untuk Qamila. Sementara itu untuk lagu solo masih dalam perancangan,” jelasnya.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "Shahir Zawawi Bakal Tamat Zaman Bujang Selepas Dua Bulan Kenal Calon Isteri… Rancang Kahwin Tahun Depan "