Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sakan Bercuti, Nelydia Senrose Tanggal Tudung?

 Dilihat tampil berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah beberapa bulan lalu, pelakon Nelydia Senrose mengejutkan ramai apabila tidak berhijab.

Menerusi beberapa perkongsian di IG Story, pelakon itu dilihat melakukan aktiviti santai bersama adiknya iaitu Raysha Rizrose tanpa memakai tudung. Difahamkan, Nelydia dan keluarga kini sedang bercuti di Bali Indonesia.

Dalam satu temubual sebelum ini, Nelydia berkata dia menjalani penghijrahan ini selangkah demi selangkah dan masih belajar.

“Saya cuma tak berani nak cakap lebih. Saya tak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus ke Z.

“Budak belajar berenang pun tak dicampak terus ke tempat yang dalam bimbang lemas. Sama juga dengan saya. Saya masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan mendalami agama Islam.

“Sekembali dari umrah saya perlahan demi perlahan memakai tudung. Dapat berkunjung ke negara Arab Saudi pun kira sesuai lokasi itu untuk berhijab. Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit. Aturan itu sangat cantik,” katanya.

Dalam pada itu, dia mahu menjadi muslimah lebih baik namun mengakui bimbang jika hatinya berbolak balik.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "Sakan Bercuti, Nelydia Senrose Tanggal Tudung?"