Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ramai Terhibur Bila Dengar Jebat Jayden 'Baca' Zikir Allahul Kafi

 Anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang diberi nama Jebat Jayden ini sering sahaja mencuri perhatian ramai dengan gelagat comelnya. Apatah lagi anak kecil ini cukup bersahaja lagaknya biarpun dirinya dirakam oleh bapa dan ibunya yang rajin mengusik ini.

Sebelum ini beberapa video telatah Jebat Jayden telah meraih tumpuan warganet. Dari sedang menyanyi, gaya berbual spontan dan sebagainya. Namun begitu, kali ini lain pula video yang dikongsikan di tiktok ibu saudaranya iaitu Neelofa.

Berdasarkan video yang tular di laman tiktok itu, Jebat Jayden dilihat sedang berada di hadapan ibunya, dan sedang berada di hadapan televesion sambil membaca zikir Allahul Kafi.

Apa yang mencuri perhatian ialah gelagat Jebat Jayden membaca zikir dengan cukup lincah sampai terangkat naik kaki dan juga tangan membuatkan Lofa tergelak sendiri melihatnya.

“Janji dia hafal
,” tulis neelofa di ruangan kapsyen.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 797.1k tontonan, 86k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Jebat Jayden


Komen netizen:

.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Bak Sahaja.TQ

Post a Comment for " Ramai Terhibur Bila Dengar Jebat Jayden 'Baca' Zikir Allahul Kafi"