Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Perspektif Orang Dengan Saya Lain” - Sering Dikaitkan Kontroversi, Sakinah Lebih Selesa Diamkan Diri

 Apa sahaja yang dilakukan oleh pelakon Sharifah Sakinah barangkali sering menarik perhatian netizen.

Tidak kira sama ada dari segi percakapan, pemakaian mahupun perkongsian di akaun Instagramnya, ada sahaja netizen meluahkan rasa tidak puas hati.

Namun sebagai anak seni, perkara tersebut dianggap Sakinah sebagai sebahagian daripada kehidupannya.

Tidak ambil hati dengan komen-komen negatif, sebaliknya Sakinah memilih untuk tidak memberikan respon terhadap perkara berkenaan.

“Perspektif orang dengan perspektif saya lain, jadi saya tak salahkan siapa-siapa sekiranya mereka tak setuju dengan saya.

“Sebagai contoh isu toilet baru-baru ini, saya tidak maksudkan syurga di akhirat kerana saya tahu syurga itu tempat yang sangat suci.

“Sebaliknya saya maksudkan adalah lebih kepada bahasa orang-orang dalam industri hiburan. Bahasanya agak kasar, jadi mungkin mereka tidak biasa dengan bahasa itu.

“Bukan salah mereka, hanya berlaku sedikit perselisihan faham. Dia ibarat kita mahu cakap seperti ‘heavennya toilet dia, bersih’. Benda-benda seperti itu,” katanya ketika ditemui Gempak di set penggambaran filem Jemputan Ke Neraka baru-baru ini.

Tambah Sakinah lagi, dia juga tidak mahu kenyataannya disalah erti sekiranya memberikan respon.

“Saya hormat perspektif mereka dan saya maafkan mereka. Saya memilih untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu kenyataan saya disalah erti.

“Kalau saya pilih untuk bergaduh, memang isu ini tak akan selesai. Saya pilih untuk sayang diri saya terlebih dahulu,” jelasnya yang sentiasa positif.

Terdahulu, Sakinah pernah menjadi tular sebelum ini kerana netizen mendakwa dia menyamakan tandas di kediaman kakaknya, Sharifah Shahira sama seperti syurga.

Dalam perkembangan lain, Sakinah akan pulang ke Sweden untuk bertemu suaminya, Michael Hansen pada penghujung Jun nanti.

Buat masa ini Sakinah dan suaminya melalui hubungan jarak jauh.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "“Perspektif Orang Dengan Saya Lain” - Sering Dikaitkan Kontroversi, Sakinah Lebih Selesa Diamkan Diri"