Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Neelofa Rancang Pindah Ke Mesir, Ikut Suami Sambung Belajar

 Selebriti popular, Noor Neelofa meluahkan hasrat untuk berhijrah ke Mesir mengikut suaminya, PU Riz melanjutkan pelajaran di Tanah Arab itu.

Neelofa berkata dia mahu mendedahkan anaknya, Muhamad Bilal dengan persekitaran di sana serta mahu mendalamk bahasa Arab.

“Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar di sana,”

“Dalam masa sama kami mahu dedahkan anak kepada persekitaran di sana dan saya boleh ambil peluang untuk belajar bahasa Arab,” katanya.

Dalam pada itu,  Neelofa turut meluahkan hasrat untuk mendalami Al-Quran dan berharap boleh menjadi kebaikan buat dirinya.

“Satu lagi impian saya adalah untuk mendalami al Quran. Walaupun suara saya tak sesedap mana ketika membaca al-Quran, tetapi saya sudah lama ingin mempelajarinya. “

“Kalau boleh mahu turunkan ilmu itu supaya dapat dijadikan saham akhirat kelak,” katanya.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "Neelofa Rancang Pindah Ke Mesir, Ikut Suami Sambung Belajar"