Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Makhluk Misteri Tengah Jalan Undang Seram, “Yakin Itu Hantu?”

 


Makhluk misteri dan menyeramkan antara yang sukar untuk dirungkai. Disebabkan itu ia digelar misteri dan ada pelbagai pendapat mengenai kewujudannya.

Biarpun begitu, jika terserempak dengan makhluk sebegini apakah reaksi anda? Kadang-kadang itu dalam keadaan terkejut dan cemas memang susah untuk mengikut petua mahupun kaedah yang dicadangkan.

Bagaimanapun, baru-baru ini satu video yang memaparkan kemunculan makhluk misteri di tengah jalan ini telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak, video itu dirakam dari dalam kereta dan kedengaran suara budak menangis cemas.

Walaubagaimanapun, sempat juga kedengaran suara ibu menenangkan anaknya dengan memberitahu itu juga makhluk Tuhan. Cara wanita ini menenangkan anaknya itu telah membuatkan ramai memujinya. Berikut adalah rakaman makhluk misteri tengah jalan yang dimuat naik menerusi satu akaun TikTok dengan nama akaun ansyari76silmi1:

Perkongsian rakaman detik cemas ini telah meraih lebih 5.7 juta tontonan dan 365 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Yakin itu hantu? Bagaimana kalau itu eksperimen gagal yang disembunyikan?”

Screenshot at Jun 04 10-58-46

“Kata2 bijak dalam tangani masalah paranormal begini. Bagi semangat kepada anak dan ingat Allah. Syabas ibu”

Screenshot at Jun 04 10-58-09

“Kenapa tak laju je lepastu langgar lari. Confirm dia trauma nak duduk situ lagi”

Screenshot at Jun 04 10-57-51

“Kalau filem Melayu, dia keluar turun dari kereta dan tengok lagi sama ada betul atau tidak untuk kepastian”

Screenshot at Jun 04 10-57-11

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ


Post a Comment for "Makhluk Misteri Tengah Jalan Undang Seram, “Yakin Itu Hantu?”"