Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Macam Tak Percaya! Kawan Baik Tuduh Elyana Tipu Sakit Kanser

 Macam yang korang tahu, Elyana telah pun bercakap secara terbuka mengenai kanser limfoma yang dihidapinya 11 tahun lalu sejak 2017.

Malangnya, ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan dakwaan mengatakan penyanyi ini telah menipu orang ramai mengenai penyakit yang dihidapinya.

Menerusi temubual, Elyana mengatakan antara orang yang membuat dakwaan tersebut termasuklah dalam kalangan teman-teman rapatnya sendiri.

Penyanyi ini mengakui bahawa pada awalnya dia berasa kecewa dengan tindakan teman-temannya itu walaupun mereka sendiri tahu Elyana sering berulang-alik ke hospital.

Pada awalnya saya memang rasa kecewa kerana saya sudah sakit lebih 10 tahun. Memang banyak sangat dengar, ada juga kalangan rakan baik yang cakap seperti itu.

"Walaupun dia tahu kita ulang-alik ke hospital", anak kita sanggup tak sekolah kerana tiada siapa yang dapat hantar. Mereka tahu perkara ini.

“Tetapi saya menganggap orang seperti ini, dia tidak membantu semasa saya sakit. Jadi, mereka ini memang tidak tahu ‘struggle’ saya macam mana.”

Pun begitu, sekarang Elyana mengatakan dia mengambil langkah untuk tidak ambil pusing dengan cakap-cakap orang dan menganggap orang seperti itu tak faham penderitaan yang dialaminya serta turut memaafkan semua pihak yang menyebarkan fitnah tersebut.

Mereka cakap saya ini tidak sakit dan bercakap buruk mengenai saya. Mereka ini sendiri meminta maaf menerusi pesanan langsung (DM). Alhamdulillah, semua sedar apa yang mereka lakukan itu adalah salah. Saya maafkan.

“Bagi saya, saya tidak akan menipu mengenai sakit. Tidak mungkin, kerana setiap kata itu adalah doa. Saya percaya akan kifarah, apabila kita bercakap buruk tentang seseorang, Allah nak balas kepada kita itu sekelip mata sahaja. Kita kena jaga kata-kata dan pemikiran.”

Untuk pengetahuan korang, hujung tahun lalu Elyana kongsikan yang bahawa dia telah pun bebas kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya itu dan kini bakal menghabiskan rawatan kemoterapi yang berbaki empat sesi.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ



Post a Comment for "Macam Tak Percaya! Kawan Baik Tuduh Elyana Tipu Sakit Kanser "