Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

‘Kembar’ Siti Sarah Terkejut Dikejar Peminat Ketika Jalan-Jalan Di Mall… Ramai Rindukan Arwah


 Memiliki wajah mirip arwah Siti Sarah Raissuddin, wanita yang dikenali sebagai Emy mengakui pernah berhadapan dengan situasi dikejar peminat penyanyi itu ketika sedang berjalan-jalan di sebuah pusat membeli-belah.

Berasa janggal dengan keadaan itu, Emy berkata, peminat tersebut mungkin terlalu rindu kepada arwah sehingga tidak sedar orang yang diharapkan itu sudah tiada.

“Pernah satu hari ketika saya sedang berjalan-jalan di sebuah pasar raya, seorang peminat mengejar untuk menegur saya. Apabila sudah dekat baru dia sedar saya bukan Siti Sarah.

“Memang terkejut dan rasa kelakar juga dengan kejadian tersebut. Saya anggap dia mungkin terlalu rindukan arwah sehingga sanggup mengejar saya.

“Sebelum ini memang ramai yang menegur wajah saya mirip arwah, tetapi tidaklah selalu,” katanya.

emy sarah 2

Emy buat kejutan sempena ulang tahun Raissudin.

Sebelum ini, wajah Emy tular di media sosial gara-gara mempunyai wajah seiras dengan penyanyi lagu Kesetiaan.

Emy turut dijemput sebagai kejutan sempena sambutan ulang tahun kelahiran bapa arwah Sarah iaitu Raissuddin Hamzah baru-baru ini.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh ibu tiri Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi, Raissuddin dilihat terkejut apabila Emy muncul membawa kek ulang tahun kepadanya.

Anak sulung Sarah iaitu Uwais Alqarni juga menunjukkan reaksi sama apabila melihat Emy.

Selain berbual santai, Raissuddin turut menunjukkan foto Sarah sewaktu kecil kepada Emy.

“Saya melihat uncle (Raissuddin) terdiam sehinggalah saya datang dekat kepadanya. Uncle menegur saya dan kami berborak seperti biasa. Uncle juga menunjukkan gambar-gambar arwah ketika kecil dan remaja.

“Uwais juga nampak terkejut. Mungkin dia pelik ada orang yang tidak dikenali hadir pada majlis tersebut. Dia tidak berkata apa-apa… hanya tersenyum sahaja.

IMG_4130

Gambar kenangan Shuib bersama arwah Sarah dan anak-anak.

“Pada awalnya memang segan untuk hadir majlis tersebut. Bagaimanapun saya tidak mahu menghampakan mereka untuk meraikan ulang tahun uncle ketika itu,” ujarnya.

Allahyarham Siti Sarah yang merupakan isteri kepada pelawak Shuib meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat jangkitan Covid 19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan.

Sarah dan Shuib turut dikurniakan dua orang cahaya mata lain iaitu Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ


Post a Comment for "‘Kembar’ Siti Sarah Terkejut Dikejar Peminat Ketika Jalan-Jalan Di Mall… Ramai Rindukan Arwah"