“Itu semua pinjaman Allah” – Adi Putra Didakwa Ada Aset Bernilai RM 21.9 Juta?
Menjadi seseorang yang ternama mungkin tampak mudah dan bergaya, tetapi kita tidak tahu apa yang mereka perlu harungi untuk mendapat title seperti itu, bak kata pepatah besar periuk, besarlah keraknya.
Dalam laporan Harian Metro, Adi Putra memberi ulasan tentang khabar angin yang mendakwa dia mempunyai aset yang bernilai US$ 5 juta iaitu kira-kira RM 21.9 juta.
Pelakon serba boleh itu bagaimanapun berkata segala harta yang dimiliknya adalah pinjaman daripada Allah, dan ia tidak penting berbanding hala tuju dirinya sebagai hamba-Nya.
Terpalit dengan berita itu, Adi Putra menyatakan orang ramai tidak perlu menggelarkan dirinya sebagai jutawan dan lebih selesa bergerak di belakang tabir.
“Ada sesetengah pihak yang menunjukkan kemewahan mereka di laman sosial, itu hak mereka. Bagi saya, saya lebih suka di belakang sebab banyak lagi urusan yang harus saya ceburi. Lakonan masih ada dan kalau berhenti, mereka rindu,” katanya.
Selain itu, pelakon yang bakal menyandang watak Mat Kilau itu juga turut berkongsi tentang perniagaan agensi pelancongan yang ditubuhkannya sejak 2013 dan masih beroperasi sehingga ke hari ini dengan membawa jemaah umrah dan haji.
Difahamkan, walaupun perniagaannya itu tergendala dek pandemik sebelum ini tetapi sekarang ia sudah mula beroperasi semula.
“Itulah permulaan saya dalam bidang perniagaan. Saya banyak di belakang tabir. Saya bukan pembimbing rombongan jemaah, tetapi saya menguruskan pentadbiran agensi saya dan juga yayasan supaya setiap manusia akan sampai ke destinasi mereka untuk melaksanakan ibadah umrah. Selagi ada Kaabah, selagi itu ada pekerjaan umrah mahupun haji itu harus dilaksanakan," katanya.
Semoga Datuk Adi Putra sentiasa mewarnai dunia perfileman negara!
dilaksanakan,” katanya.
Post a Comment for "“Itu semua pinjaman Allah” – Adi Putra Didakwa Ada Aset Bernilai RM 21.9 Juta?"