Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Ini Bukan Perangai Saya, Tapi.."- Dakwa Pembantu Peribadi Songlap RM15k, Ini Tindakan Mengejut Fify Azmi

 Pelakon Fify Azmi berang terhadap pembantu peribadinya yang dikatakan mengambil wang bernilai RM15,000 setelah selesai pengambaran filem Special Force Anarchy arahan Syafiq Yusof.

Menurut Fify melalui laporan polis yang dibuat, semua urusan berkenaan dengan penggambaran dan juga bayaran diuruskan oleh pembantu peribadinya (PA) yang bernama Siti Norawati Mohamad Nor di mana semua pembayaran dimasukkan ke akaun peribadi wanita itu.

Walau bagaimanapun, Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohammed Azmi berkongsi melalui Instagram Stories miliknya yang dia tidak menerima sebarang bayaran daripada pembantu peribadinya.

“Pada bulan Mac saya dihubungi oleh pihak Skop Productions Sdn Bhd mengenai satu projek bertajuk Special Force Anarchy arahan Syafiq Yusof. Saya ditawarkan satu watak dalam drama bersiri tersebut.

“Semua urusan berkenaan penggambaran dan juga bayaran diuruskan oleh PA saya yang bernama Siti Norawati Mohamad Nor. Sepatutnya semua pembayaran dari pihak Skop Productions Sdn Bhd terus ke akaun bank peribadi saya tetapi PA saya menghubungi pihak Skop Productions dan meminta Skop Productions membuat pembayaran ke akaunnya.

“Pihak Skop Productions telah membuat pembayaran sebanyak dua kali ke dalam akaun penama di atas di mana jumlah keseluruhan sebanyak RM15,000. Saya juga dimaklumkan oleh pihak Skop Production bahawa Siti Norawati telah datang ke pejabat di Kuala Lumpur untuk mengambil cek bernilai RM3,000. Baki RM6,000 dibayar oleh Skop Production melalui cek deposit.

“Dan sehingga ke hari ini saya tidak menerima sebarang bayaran dari PA saya yang berjumlah RM15,000 iaitu bayaran sebanyak tiga kali (50%) bayaran. Saya menghubungi PA saya dan bertanya mengenai status bayaran dan dia mengelak untuk memulangkan bayaran tersebut.

“Dia juga cuba menafikan yang dia telah mengambil duit tersebut dan dalam masa yang sama dia juga beritahu tiada sebarang kemasukan wang ke dalam akaunnya. Saya sangat tidak berpuas hati dengan tindakan PA saya kerana saya juga mempunyai beberapa bukti menyatakan bahawa dia telah menggunakan ke semua duit saya,” katanya menerusi laporan polis.

Tambah pelakon filem Wira itu, dia tidak akan menghalalkan duit yang diambil dan sangat kesal dengan kejadian yang terjadi itu.

“Ini bukan perangai tapi saya tiada pilihan.

“Kalau Fy (Fify) berlembut, tak bermaksud kak Nora boleh pijak kepala Fy.

“Fy kerja siang malam, tak cukup tidur lepastu kak Nora boleh amik duit saya macam itu saja. Tak halal dunia akhirat.

“Sebab ni la Fy tak suka ada PA. Menyusahkan,” tulisnya pada kapsyen Instagram.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "“Ini Bukan Perangai Saya, Tapi.."- Dakwa Pembantu Peribadi Songlap RM15k, Ini Tindakan Mengejut Fify Azmi "