Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Disangka bergaduh gelagat Shuib & Pakcik ini tarik perhatian ramai, “Asbab dia berjaya”

 

Sebut sahaja nama Shuib Sepahtu, ramai yang cukup suka dengan sikapnya yang selain lawak, dirinya juga terkenal dengan perangai ramahnya terhadap sesiapa sahaja. Jadi meskipun selepas sekian lama berehat sebagai anak seni, ramai ternanti-nantikan kemunculannya kembali.

IMG_20220609_091046

Walau bagaimanapun, tular satu rakaman terbaharu melihatkan gelagat Shuib Sepahtu dengan seorang pakcik di tepi jalan yang membuatkan ada yang menyangka terdapat pergaduhan.

Namun begitu, semakin diperhatikan rupa-rupanya Shuib yang berhenti di tepi jalan ini kerana ingin menghulurkan bantuan kepada pakcik ini namun disaat pakcik ini cuba menolak, Shuib pula tetap mendapatkannya.

Tindakan Shuib ini membuatkan ramai teringat dengan arwah Siti Sarah yang mana pasangan ini sangat terkenal dengan sikap pemurah mereka yang suka membantu orang lain.


Perkongsian pemilik akaun bernama, Shafiqabuuu tersebut bagaimanapun membuatkan tindakan Shuib Sepahtu itu disenangi ramai dan ditinggalkan ratusan komen positif terhadapnya diruangan komen.

“Patut Shuib dengan arwah Siti Sarah sentiasa murah rezeki. Sebab mereka sentiasa memberi”

Shuib

“Semoga saya pun jadi macam abang Shuib selalu bersedekah. Amin aminn”

IMG_20220609_091142

“Memang Shuib ikut segala kebaikan arwah Siti Sarah, takkan miskin kita kalau kita bersedekah”

IMG_20220609_091555

“Bercakap pun lembut je Shuib ni. Moga bertemu dengan bidadari syurgamu di sana”

Shuib

Sumber: HCL


Post a Comment for "Disangka bergaduh gelagat Shuib & Pakcik ini tarik perhatian ramai, “Asbab dia berjaya”"