Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Demi Anak Sy..”- Noor Nabila Kongsi ‘Video’ Sharnaaz Ahmad, Netizen Risau Engku Emran Cemburu

 Menerusi satu perkongsian yang dikongsikan oleh kakak selebriti terkenal iaitu Noor Nabila yang merupakan kakak kepada Neelofa menjadi perhatian netizen

Apabila beliau berkongsikan keratan video bekas suami beliau yang merupakan seorang pelakon yang dikenali ramai iaitu Sharnaaz Ahmad dan hal tersebut mengejutkan para netizen kerana Noor Nabila masih berani berkongsikan rakaman tersebut.

Walaupun telah mempunyai suami yang baru iaitu Engku Emran hasil perkahwinan beliau dan Sharnaaz, mereka mempunyai cahaya mata iaitu Jebat Jaydenn yang kini digemari ramai dengan celoteh yang sangat melucukan dan celoteh si cilik tersebut dikongsikan oleh ibu dan bapanya sendiri.

Penceraian bukan lah satu penghlang untuk mereka untuk membesarkan anak tunggal mereka. Mereka ingin membesarkan Jayden dengan penuh kasih sayang dan memberi perhatian penuh kepada anak lelaki mereka.

Walaupun tidak membesar dalam satu rumah, para netizen begitu teruja cara mereka yang proaktif dalam menjaga anak mereka dengan begitu baik sekali.

Baru baru ini, Noor Nabila berkongsikan rakaman Sharnaaz bersama anak mereka di sebuah arked permainan dan hal tersebut mengejutkan semua kerana beliau masih berani dan begitu tekad berkongsikan gelagat comel bapa dan anak tersebut.

Namun segelintir netizen mengrisaukan keadaan suami baru beliau yang berada di sisi beliau. Namun Noor Nabila menyatakan bahawa ini cara beliau dalam membesarkan anak saya dan cara yang paling berkesan adalah saya harus berbaik dengan bekas suami beliau walaupun beliau mempunyai suami dan suami bersetuju dan hormat keputusan beliau.

Gelagat bapa dan anak yang dikongsikan oleh noor Nabila itu meraih lebih 1 juta tontonan kerana adegan mereka begitu melucukan dan membuatkan ramai terhibur.

Komen Netizen:


Gaya Sharnaaz yang bersahaja dlama melayani karenah Jayden tersebut membuatkan para peminat menyatakan bapa dan anak tersebut mempunyai banyak persamaan dan tahu cara untuk berhibur.

Apa apa pun ramai mendoakan yang terbaik buat mereka agar sentiasa sukses dan dapat membesarkan Jebat Jayden dengan begitu baik dan sihat.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "“Demi Anak Sy..”- Noor Nabila Kongsi ‘Video’ Sharnaaz Ahmad, Netizen Risau Engku Emran Cemburu"