Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Datin Hadiahkan Iqbal Zulkefli Jam Rolex RM100,000

 Meskipun sering dikecam oleh netizen, namun ia seolah tidak memberi kesan kepada usahawan sensasi Iqbal Zulkefli yang dilihat sudah lali dengan perkara itu.

Terbaru, Iqbal memuat naik video menerima seutas jam tangan mewah jenama terkenal, Rolex bernilai RM100,000 pemberian seorang usahawan wanita.

Menerusi video itu, dapat dilihat Iqbal nampak teruja ketika mengambil bungkusan yang diletakkan di dalam kereta Ferrari milik seorang usahawan dikenali sebagai Datin Reena.

Ketika membuka bungkusan berkenaan, Iqbal seakan tidak percaya menerima hadiah tersebut daripada usahawan yang dianggap seperti kakaknya itu.

Menurut Iqbal, dia sudah menunggu dua tahun untuk membeli jam tangan berkenaan namun tidak sangka menerima hadiah tersebut.

“Tidak pernah saya terima hadiah semahal ini. Jam Rolex ini saya tunggu sudah dua tahun untuk membelinya. Akhirnya dapat hadiah daripada kakak yang berbudi sejak sekian lama, Datin @reenazach,” tulisnya.

Dalam pada itu, Iqbal berkata dia sudah mengenali usahawan itu sejak 10 tahun lalu ketika dia merantau bersendirian di Kuala Lumpur dan wanita itu yang banyak membantunya.

“10 tahun lalu, ketika saya kesusahan dan tinggal sendirian di Kuala Lumpur. Satu-satunya insan yang saya berani untuk meminjam wang ialah kakak Reena. Dia kutip saya, bawa saya belajar bekerja. Kami keluar rumah seawal pukul lima pagi,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan hadiah yang diterima oleh Iqbal itu. Tidak kurang juga ada yang bergurau meminta Iqbal menunjukkan resit pembeli jam berkenaan.

Post a Comment for "Datin Hadiahkan Iqbal Zulkefli Jam Rolex RM100,000"