Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

"Beza Hamil Anak Kedua Ni, Penat Dia Lain Macam" - Faktor Usia Buat Jiha Muse Cepat Letih

 Pelawak dan pengacara, Jihan Muse akui pengalaman hamil anak kedua memberikan sedikit perbezaan buat dirinya.

Menurut Jihan, faktor usia menyebabkan dia menjadi cepat letih ketika melakukan sesuatu aktiviti.

“Kali ini berbeza sebab faktor usia jadi penat dia memang lain macam. Itu pun antara sebab saya tidak bekerja sebelum ini.

“Selain itu saya juga nak kena jaga anak. Semuanya buat sendiri sebab saya tak ada pembantu rumah.

“Lepas tu umur kita juga sudah meningkat, penat memang penat tetapi semangat tu buat kita rasa gembira.

“Saya dan suami yang buat semuanya. Kalau nak cakap mengenai teruja nak sambut kelahiran, ya memang teruja. Sebab kami berdua memang menunggu,” katanya ketika ditemui Gempak.

Selain itu, Jihan juga berkongsi tarikh jangkaan bersalinnya adalah pada bulan September.

“Kalau ikutkan tarikh jangkaan bersalin saya adalah pada bulan September. Jadi kalau bekerja pun mungkin dalam sebulan lagi mungkin boleh lah kot.

“Saya rasa mungkin macam one off begitu. Saya masih ambil tawaran kerja tapi yang ringan-ringan sahaja.” jelasnya.

Sebelum ini Jihan mendedahkan dia mendapat tahu tentang kehamilannya pada waktu yang sama positif COVID-19.

Jihan mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ungku Hariz pada 20 Mac 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ungku Arsalan Haq, 5 tahun.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for ""Beza Hamil Anak Kedua Ni, Penat Dia Lain Macam" - Faktor Usia Buat Jiha Muse Cepat Letih"