Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Azri Iskandar kenal bakal isteri selepas 12 hari cerai dengan Ellie Suriaty... Rancang nikah dalam masa terdekat



 Belum pun sebulan bercerai, pelakon Azri Iskandar mengesahkan bakal kembali berumah tangga dengan seorang penulis skrip bernama Dr Azra Diera.

Azri, 54, memberitahu dia akan menghantar rombongan meminang wanita berkenaan dalam masa terdekat.

"Saya belum ada lagi tarikh kahwin, mungkin dalam masa dua minggu ini saya akan ke Perlis jumpa keluarga perempuan untuk merisik,

"Saya nak bincang dengan keluarga Azra untuk percepatkan perkahwinan, kalau boleh bulan ini," ujarnya.

Berkongsi perkenalan dengan Azra, 43, Azri berkata, dia mengenali wanita itu 12 hari selepas bercerai dengan Ellie Suriaty.

Pelakon Sabarlah Duhai Hati itu berkata, dia jatuh hati dengan Azra yang juga seorang penulis skrip ketika pertemuan pertama.

"Saya jumpa Azra selepas 12 hari bercerai dengan Ellie, itu pun sebab satu projek drama RTM, kemudian saya hubungi Azra untuk bertanya lanjut mengenai skrip drama itu.

"Daripada situ saya terus tertarik melihatnya dan berterus terang. Rupanya dia juga sukakan saya, kami rancang untuk berkahwin kerana masing-masing dah berusia," ujarnya.

Dalam pada itu, Azri menegaskan hubungannya dengan Azra bukanlah punca rumah tangganya musnah.

AZRI5

Tambahnya, dia membuat keputusan untuk berkahwin berikutan tidak mahu membuang masa dan usia yang semakin meningkat.

"Saya nak move on dan tak nak buang masa sebab dah jumpa orang sesuai, tapi perkahwinan ini bukan punca saya bercerai dengan Ellie.

"Saya dah tua tak reti nak bercinta-cinta, kalau dah jumpa seseorang saya nak terus kahwin," ujarnya.

Untuk rekod, Azri bercerai dengan pengarah dan pelakon Ellie Suriati Omar pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "Azri Iskandar kenal bakal isteri selepas 12 hari cerai dengan Ellie Suriaty... Rancang nikah dalam masa terdekat"