Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Aprena Manrose Tampil Bersuara Isu Nelydia Senrose Buka Tudung

 Pelakon Aprena Manrose yang juga merupakan sepupu kepada Nelydia Senrose tampil memberi kenyataan tentang isu buka tudung sepupunya itu.

Kenyataan itu dibuat oleh Aprena di ruangan komen Instagram mStar yang mengatakan Nelydia Senrose tanggal tudung ketika bercuti.

Menurutnya, Nelydia adalah manusia biasa yang masih belajar dan menasihati agar menulis berita yang lebih berfaedah.

“Biarlah dia pun manusia biasa juga, masih belajar. Kita ni yang tak belajar-belajar tak habis-habis nak cepat menghukum je.
“Fikir dulu ya min (admin) sebelum nak buat cerita macam ni. Cari berita yang lebih membawa ke arah yang lebih baik adalah lebih bagus ha gitu,” tulis Aprena.

Di ruangan komen tersebut juga, rata-rata netizen setuju dengan kenyataan Aprena tersebut namun ada juga yang tidak menyokongnya.

Difahamkan, Nelydia dan keluarga sedang bercuti di Bali Indonesia. Pelakon ‘Khilaf Asmara’ itu dilihat gembira melakukan aktiviti santai bersama adiknya iaitu Raysha Rizrose sehingga didakwa tidak perasan memuat naik foto tanpa memakai tudung di Instagram Story.

Menerusi beberapa foto dan posting tersebut, netizen mempersoalkan sama ada Nelydia benar-benar mahu berhijrah ataupun tidak.

Buat pengetahuan korang, Nelydia mula bertudung sekembalinya daripada mengerjakan umrah kali ketiga pada bulan Disember tahun lalu. Penampilan Nelydia sewaktu memakai tudung ternyata mendapat pujian ramai pihak. Tidak kurang yang mendoakan dirinya untuk terus istiqamah.

Terdahulu, Nelydia berkata, dia mahu menjalani penghijrahan ini selangkah demi selangkah dan pasti.

Saya cuma tak berani nak cakap lebih. Saya tak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus ke Z. Budak belajar berenang pun tak dicampak terus ke tempat yang dalam bimbang lemas. Sama juga dengan saya. Saya masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan mendalami agama Islam.

Sekembali dari umrah saya perlahan demi perlahan memakai tudung. Dapat berkunjung ke negara Arab Saudi pun kira sesuai lokasi itu untuk berhijab. Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit. Aturan itu sangat cantik.

Pada masa yang sama, Nelydia akur sebagai insan yang sentiasa diuji, terbit kebimbangan hatinya sebagai manusia yang mudah rapuh dan berb0lak-balik. Tambahnyam dia tidak takut kehilangan rezeki apabila memilih bertudung kerana percaya pada aturan yang ditetapkan Allah.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "Aprena Manrose Tampil Bersuara Isu Nelydia Senrose Buka Tudung"