Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Anak Azhar Sulaiman Dituduh Dapat Intern Di AirAsia Sebab Kabel Atuk

 Sebut sahaja nama Kasih Iris Leona, anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman sering menjadi perhatian kerana penampilannya yang agak seksi sehingga mengundang rasa kurang senang netizen.

Bagaimanapun, baru-baru ini lain pula cerita tular mengenai Leona apabila ada netizen mendakwa kemasukannya sebagai seorang pelatih industri di AirAsia adalah menggunakan kabel datuknya.

Seperti diketahui ramai, datuk Leona iaitu Datuk Pahamin Abdul Rajab adalah pengasas bersama serta bekas pengerusi AirAsia Berhad.

Tidak hanya berdiam diri, Leona menafikan dakwaan dia menggunakan ‘kabel’ untuk menjalani latihan indsurti di syarikat penerbangan itu.

“Saya beritahu datuk tentang latihan industri tersebut selepas saya dapat masuk,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok.

Dalam pada itu, ramai netizen mempertahankan Leona bahawa gadis itu sememangnya layak diterima apatah lagi mendapat keputusan cemerlang dalam SPM iaitu 7A dan 1B+.

Komen netizen:

Post a Comment for "Anak Azhar Sulaiman Dituduh Dapat Intern Di AirAsia Sebab Kabel Atuk"