Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Video Panas Syafi Tee, Ridhuan Tee Anggap Satu Ujian

 Hangat diperkatakan mengenai isu pelakon Syafie Tee apabila tular video panasnya berpelukan dan mencium seorang wanita, akhirnya pendakwah bebas Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah tampil membuka mulut.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Ridhuan berkata apa yang berlaku adalah ujian buat dirinya dan anaknya yang baru menceburi dalam dunia seni. Ridhuan juga turut mengakui dirinya juga tidak sempurna.

“Benar sekali, Iman tidak dapat diwarisi. Tidak dapat dijual beli. Moga semua ini tidak terjadi kepada kalian semua. Ya, saya akui saya ada kelemahan. Saya tidak sempurna.

“Sedangkan Nabi Nuh pun tidak mampu untuk menyelamatkan anaknya, inilah pula diri saya, hamba Allah yang hina dina ini, tetapi saya telah melakukan yang terbaik, untuk semua anak saya seramai enam orang. Begitu juga saudara mara saya. Selebihnya saya berserah…Saya pasrah…

“Syafi Tee, anak kedua ini lebih meminati bidang seni setelah tamat belajar. Sebagai bapa saya telah menasihatinya tentang dunia seni, yang telah saya ceburi semenjak memeluk Islam, lebih 30 tahun. Cuma bezanya seni saya adalah seni artis ilmuan, manakala anak memilih seni artis hiburan.

“Saya tidak melarang, cuma mengingatkan agar pandai membawa diri. Pastikan bidang seni hiburan boleh membawa kita ke syurga. Pastikan seni dapat mendidik anak bangsa. Titipan demi titipan. Namun, apakan daya Allah mahu menguji hambaNya yang kerdil ini,” tulisnya.

Ridhuan berkata beliau akan terus bersuara menjalankan tugas menegur pihak yang melakukan kesalahan dan kemungkaran walaupun anaknya sendiri.

“Apa yang berlaku, tidak akan menghalang saya untuk meneruskan kehidupan ini. Saya akan terus melaksanakan kewajipan saya sebagai seorang Muslim, menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, sama ada secara lisan mahupun tulisan.

“Saya akan terus menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, meskipun ia berlaku kepada anak sendiri. Umat Islam hari ini, terutama anak-anak Melayu Islam kita perlu diselamatkan, meskipun yang terpaksa diselamatkan itu anak sendiri. Ini suatu ujian daripada Yang Maha Esa dan Maha Pencipta. Ujian ini akan terus mematangkan kita,” tulisnya.

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan individu mirip Syafi itu dilihat berpelukan dengan wanita yang kemudian mengucupnya di bibir.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "Video Panas Syafi Tee, Ridhuan Tee Anggap Satu Ujian"