Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ustaz Kazim Minta Bantuan Carikan Penawar

Pendakwah terkenal, Dato’ Ustaz Kazim Elias merayu kepada orang ramai untuk membantu mengubati penyakit yang ditanggungnya ketika ini

Perkara tersebut telah dikongsikan menerusi laman Instagram peribadinya sebentar tadi.

“Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya, tolonglah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah,” tulisnya di laman Instagram.

Dalam perkongsiannya itu, beliau turut memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan keadaan yang sedang dialami dibahagian tangannya.

Perkongsian berkenaan turut menerima ribuan komen daripada pengikutnya di laman instagram.

Rata-rata meluahkan rasa simpati dengan penderitaan yang sedang dihadapi oleh pendakwah yang banyak berjasa kepada umat Islam di negara ini.

Malah, mereka turut berdoa kepada yang Maha Esa supaya segala ujian yang dihadapinya diangkat dan diberikan kesembuhan dengan segera.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "Ustaz Kazim Minta Bantuan Carikan Penawar"