Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

"Tular Video Anak Pendakwah Cium Kekasih" , Netizen Kata Lelaki Itu Anak Ridhuan Tee

 Laporan portal Gempak mengenai penularan sebuah rakaman di TikTok memaparkan seorang lelaki yang mirip seperti pelakon Syafi Tee mengucup bibir wanita yang dipercayai kekasihnya itu mendapat perhatian ramai.

Berdasarkan laporan, video berkenaan berdurasi 26 saat yang mana menunjukkan lelaki berkenaan berpelukan dengan seorang wanita sebelum mencium wanita berkenaan.

Profil Instagram milik wanita dalam video tersebut turut disertakan. Hasil tinjauan, gambar pasangan itu dijadikan sebagai gambar profil IG wanita tersebut.

Ruangan komen mulai dibanjiri tekaan netizen yang rata-rata mengatakan bahawa lelaki dalam rakaman tersebut adalah anak kepada pendakwah bebas, Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Segelintir netizen mempertikaikan tindakan pendakwah bebas itu membenarkan anaknya menceburi bidang seni yang penuh dengan dugaan terutama sekali dalam hal menjaga ikhtilat.

Ada juga yang mengatakan bahawa video tersebut sebenarnya adalah video lama serta komen yang mengatakan individu yang dikatakan kekasihnya itu bukanlah wanita sebenar.

Komen Netizen:

Untuk rekod, pada 2021, media sosial kecoh apabila pelakon meningkat naik itu dikatakan memeluk seorang wanita ketika berada di lokasi penggambaran.

Tampil menjelaskan perkara itu, individu yang dipelukanya dalam video berkenaan adalah seorang jurusolek selebriti berjantina lelaki namun berpenampilan seperti wanita.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for ""Tular Video Anak Pendakwah Cium Kekasih" , Netizen Kata Lelaki Itu Anak Ridhuan Tee "