Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tragis Kemalangan Dua Beranak, Budak 10 Tahun Maut Digilis Lori


 TRAGIS! Seorang kanak-kanak perempuan maut digilis lori selepas motosikal yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Jalan Kampung Baru Alma di Bukit Mertajam, pada Khamis.

Lebih memilukan kejadian itu disaksikan oleh ibu mangsa yang menunggang motosikal.

Dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, mangsa yang berusia 10 tahun meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila ibu mangsa yang menunggang motosikal bersama mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan raya.

"Penunggang motosikal (ibu) sempat menyelamatkan diri manakala anaknya yang membonceng digilis oleh lori dari arah sama dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam bagi urusan bedah siasat, manakala penunggang cedera ringan dan dirawat di hospital sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Shafee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Alma dijemput ibunya untuk pulang ke rumah sebelum mereka terbabit dengan nahas berkenaan.

Sebelum kejadian mangsa dikatakan ceria bersama rakan serta gurunya dalam satu majlis sambutan Aidilfitri di sekolahnya.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "Tragis Kemalangan Dua Beranak, Budak 10 Tahun Maut Digilis Lori"