Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tak Sampai Sebulan Isteri Hadiahkan, Aeril Zafrel Kata Tak Nak Pakai Lamborghini Lama-Lama

 Baru saja menerima hadiah kereta daripada isterinya, Wawa Zainal bulan lalu, pelakon Aeril Zafrel berkata dia tidak bercadang untuk menggunakan kereta Lamborghini Aventador dalam tempoh yang lama.

,Aeril berkata dia sudah memaklumkan perkara itu kepada Wawa selepas mencuba membawa kereta berkenaan.

“Sebelum ini saya ada kereta Mustang tapi bertahan selama setahun saja kerana kereta itu berada di rumah saja sehingga saya nekad menjualnya kepada kawan.

“Kemudian Wawa hadiahkan pula kereta baru ini dan selepas mencubanya beberapa kali kemungkinan kereta ini juga tak lama saya gunakan,” katanya.

Kata Aeril lagi, isterinya juga tidak berkecil hati mahupun marah kerana memahaminya yang hanya mahu mencuba kereta yang diidamkan.

“Dia sangat faham saya. Sewaktu dia belikan Mustang pun sama juga ceritanya. Saya sekadar nak cuba memandu dan ‘feel’ kereta itu. Sejenis pakai nak rasa sekejap.

“Saya bukan beli kereta mewah untuk menunjuk-nunjuk. Saya pun jarang muat naik gambar atau video di Instagram,” katanya.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa KomenYang Baik Baik Sahaja.TQ

  •  
  •  

Post a Comment for "Tak Sampai Sebulan Isteri Hadiahkan, Aeril Zafrel Kata Tak Nak Pakai Lamborghini Lama-Lama"