Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tak boleh bangun dan susukan bayi – Syatilla Melvin Serik!



KUALA LUMPUR: Baru sahaja melahirkan bayi ketiga pada Isnin lalu, dia kini dimasukkan semula ke hospital akibat serangan sakit kepala dan tulang belakang yang kritikal.


Menerusi kenyataan yang dikongsikan di akaun Instagramnya, keadaan merosot itu menyebabkan dia tidak mampu untuk bangun dan menyusukan permata hati yang baru sahaja dilahirkan baru-baru ini.

“Hari ke empat (Jumaat) lepas bersalin secara bedah. Tumpas ke pangkuan hospital semula.

“Kena spinal headache attack yang sangat teruk. Tak boleh bangun, tak boleh susukan bayi, malahan tak pegang bayi sangat pun, serik ya Allah, doakan Tilla,” luahnya.

Sebagai informasi, Syatilla dan Shaheizy Sam mendirikan rumah tangga pada 2016.


Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan, Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy, 2. Manakala anak ketiga dinamakan Salama Samheizy.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "Tak boleh bangun dan susukan bayi – Syatilla Melvin Serik!"