Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Shikin Maembong Nak Tarik Balik Saman RM1 Juta, Chef Wan Dah Maafkan Bekas Menantu



 Pada Februari lalu hangat diperkatakan apabila Cef selebriti terkenal, Chef Wan menjadi perhatian apabila memaklumkan menerima surat saman malu sebanyak RM1 juta daripada bekas menantunya, Shikin Maembong.

Terbaru, menerusi satu perkongsian Chef Wan mendedahkan bekas menantunya itu mahu menarik semula saman malu berkenaan.

Menurut Chef Wan, perkara itu diberitahu oleh anaknya Serina yang memaklumkan Shikin mahu bertemu dengannya. Bagaimanapun, Chef Wan berkata dia sudah pun memaafkan bekas manantunya itu namun tidak mahu bertemu dengan Shikin.

“Serina text this morning to say that Shikin my x menantu nak jumpa Papa to explain dan tarik saman dia balik. Can we meet later this afternoon with the kids Pa? I said ‘Its ok i have forgiven her and i hope she feel the same too.

“I dont want to see her or to listened to all this drama anak2 dan x menantu Rina. I am sorry i have to declined. Can we just moved on with my life. I cannot handle anymore issues anak2 mau pun x menantu dan menantu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata selama ini dia banyak melakukan pengorbanan terhadap orang di sekelilingnya dan mahu diberi ruang. Tambahnya lagi, dia sudah penat melayan kerenah manusia.

“What do I get back is oftened a huge embarrasement memikul perbuatan2 mereka masing-masing yang tidak bertanggung jawab. Bila nasihat mcm curah air diatas daun keladi! Kita pula jadi mangsa kutukan orang yang jenis-jenis macam mereka-mereka ini jugak. I am so sick of it!

“Have abit of sympathy that I too have a life to deal with. There so much on my plate right now and I dont deserved to have all their stressful and bullshit! Alot of people also have used and abused my trust. Ungrateful, macam melepas kan anjing yg tersepit,” tulisnya.

Terdahulu, Shikin menghantar surat saman malu kepada bapa mertuanya berkutan Chef Wan menegurnya secara terbuka gara-gara pertelingkahan dengan bekas suaminya, Chef Riz berhubung soal anak mereka, Putri Arriana Natasya.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ




Post a Comment for "Shikin Maembong Nak Tarik Balik Saman RM1 Juta, Chef Wan Dah Maafkan Bekas Menantu"