Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

"Saya Tak Tahu Doa Siapa Yang Allah Akan Makbulkan, Jadi...," - Bakal Bersalin Bila-Bila Masa, Elfira Loy ‘Update’ Perkembangan

 


 Pelakon, Elfira Loy memaklumkan perkembangan terkininya yang kini sedang menghitung waktu menantikan detik kelahiran cahaya mata keduanya.

Jelas Elfira, dia kini masih lagi berada di bilik bersalin dan keadaanya pula berasa sedikit penat.

Lantaran itu, pelakon drama Di Sebalik Kasyaf ini berharap agar semua dapat menitipkan doa semoga segala urusan saat melahirkan cahaya mata kedua ini akan dipermudahkan.

Sebak baca doa-doa yang dikirimkan. Masih lagi di bilik bersalin ketika ini. Sedikit penat tapi InshaAllah dipermudahkan semuanya. Atas izin Allah SWT.

“Saya tak tahu doa siapa yang Allah akan makbulkan untuk saya. Jadi saya minta doa pada semua supaya dipermudahkan proses bersalin untuk saya. Semoga baby keluar pun dalam keadaan yang lancar dan sihat.

“Maafkan saya jika saya ada buat salah,” tulisnya.

Semalam, Elfira memaklum dirinya telah mengalami beberapa simptom pada sebelah malam seperti cirit birit, kontraksi dan muntah sehingga menyebabkan dia berasa seperti ingin pitam.

“Paling takut bila dah malam sebab baby sangat aktif. Kontraksi juga berlaku pada sebelah malam.

“Pekej cirit-birit, kontraksi dan muntuh sekali. Hampir nak tidur dekat dalam  bilik air. Rasa nak pitam. Jadi trauma  nak lalui malam ni,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memberikan kata-kata semngat selain turut mendoakan semoga segala urusan Elfira saat melahirkan cahaya mata kedua akan dipermudahkan.

Sekadar informasi, Elfira dan suaminya, Faris Khairol Anuar telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 Januari 2019.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun terlebih dahulu dikurniakan cahaya mata sulung yang bernama Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for ""Saya Tak Tahu Doa Siapa Yang Allah Akan Makbulkan, Jadi...," - Bakal Bersalin Bila-Bila Masa, Elfira Loy ‘Update’ Perkembangan"