Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Saya Dah Penat Nak Hadap..”- Puteri Sarah Mengaku Terkena ‘NPD’, Masih Kuat Demi Anak Anak

 Menerusi satu perkongsian Puteri Sarah Liyana di laman sosial Instagram milik beliau, beliau berkongsikan satu klip di Tiktok yang menceritakan tentang apa itu penyakit ‘NPD’ kepada semua kerana beliau kini sedang mengalami penyakit itu ketika rumah tangga beliau dan suami iaitu Syamsul yusoff diganggu oleh orang ketiga iaitu Ira Kazar.

Gangguan demi gangguan selama 4 tahun itu cukup membuatkan Puteri Sarah menceritakan kepada para peminat beliau tentang masalah yang menimpanya sehingga menjadi satu kes yang rumit di mahkamah. Pergaduhan mereka tidak ambil peduli oleh si suami iaitu Syamsul Yusoff dan beliau hanya sibuk berkarya tanpa memikirkan masalah yang menimpa pada keluarga beliau dan masih tidak dapat diselesaikan hingga kini.

Perkongsian Puteri Sarah mengenai penyakit ‘NPD’ mengejutkan semua kerana penyakit tersebut merupakan satu penyakit mental yang bernama Gangguan Personaliti Narsistik atau Narcissistic Personality Disorder (NPD) merupakan gangguan mental yang dikategorikan khusus di bawah masalah gangguan personaliti.

Pada mulanya beliau seakan tidak percaya mendapat penyakit sebegini, namun disebabkan tekanan mental yang dialami oleh beliau ketika masalah rumahtangga yang melanda dalam keluarga beliau menjadikan beliau tidak normal seperti biasa. Pelbagai andaian yang dibuat oleh beliau sehingga masalah yang dialami oleh beliau seperti tiada jalan keluar dan sangat buntu untuk menyelesaikan perkara tersebut kerana beliau merasakan bahawa beliau merupakan pesalah kepada masalah tersebut kerana terlalu memperbesar masalah itu.

Bukti Ira kazar menganggu rumahtangga Puteri Sarah :

Komen Netizen :

@Khalina77:jika si laki x buatkan titi.. mcm mana org nak seberang.. pintu umah x buka.. org luar x akan masuk..

@shukranainiariffin:sabar, pertahankn selagi boleh..jgn putus asa ok..tgk bella n aliff..happy utk dorang skg..good luck sarah dont give up pls

@Dlila Dyana:Berlaku dekat my parents sndr, tanya ustaz mcm mana. Ustaz ckp klu Jodoh dorg xboleh nk halang. benda ni buat life ak jd seorang anak yg trauma

@MdmZa71:Lelaki akan kata kalau saya mampu apa salahnya maka kena terima lah

@Gegula hatiku:Apa yg lelaki ni nak pun x faham,isteri cantik,ada anak,kaya,tapi apa lg yg x cukup.

@syi__lara:tp puteri sara ni beruntung sbb mertua sygkan dia

@Sue Shamsudin:cari suami adik sarah… semoga kuat ya.. dia sbnrnyer dari suami.. yg lg satu mmg dah mcm tu. ak doakan adik sarah kuat ya ujian allah

@yzmRI4:ujian rmhtangga.biasa la tu esok² beranak lagi timbul ujian lain nk masuk syurga kena diuji tak diuji curang diuji sakit Allah rindu suara hambaNYA..

Walaupun mengalami tekanan mental akibat diganggu oleh pihak ketiga, keluarga Puteri Sarah dan keluarga mentuanya begitu menyayangi wanita tersebut dan saling menyokong untuk memperbetul atau menjernihkan kembali rumahtangga beliau dan suami.

 Namun masalah tersebut seperti makin tenat sehingga beliau terpaksa membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk menyelsaikan isu tersebut. Apa pun yang berlaku keatas ibu kepada anak dua itu, para peminat hanya mampu berdoa yang terbaik untuk beliau dan semoga beliau kembali sihat dan kuat seperti sedia kala.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "“Saya Dah Penat Nak Hadap..”- Puteri Sarah Mengaku Terkena ‘NPD’, Masih Kuat Demi Anak Anak "