Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Salah Nyanyi Pun…” – Ini Reaksi Peminat Bila Siti Nurhaliza Buat Silap!

 

Pengurus kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak berkongsi momen istimewa, di sebalik tabir ketika penyanyi kesayangan ramai itu merakamkan lagu raya terbarunya, Lip Lap Raya.

Perkara itu dikongsi menerusi sepotong video yang memaparkan kelakuan bersahaja Siti, di mana beliau menyedari bahagian kesalahan ketika merakamkan lagu tersebut.

Menurut Rozi, Siti sentiasa menyedari bahagian kesalahan dalam nyanyian dan akan membetulkannya serta merta.

“Sebalik tabir sesi rakaman Lip Lap Raya @ctdk.

“Sepanjang menemani beliau sejak awal menjadi artis rakaman, @ctdk tahu di bahagian mana beliau salah menyanyi atau ada yang tidak betul, dan beliau akan berhenti betulkan sendiri. Guide daripada yang menjaga vokal juga sama,” kongsi Rozi.

Tambahnya, hal sebegitu bukanlah dilakukan oleh Siti seorang sahaja, malah turut dipraktikkan oleh penyanyi lain yang dikurniakan bakat secara semulajadi.

“Bukan @ctdk sahaja tetapi penyanyi yang Allah kurniakan bakat secara semulajadi mereka memahami ‘kerja’ mereka.

“Sekadar berkongsi pengalaman dan saya akui setiap hari, banyak hal baru dan tercatat dalam minda, menghargai dan menghormati orang lain di atas apa jua keistimewaan, kelebihan dan bakat yang dikurniakan,” coretnya lagi.

 

Mengintai ruangan komen, perkongsian itu semestinya mendapat respon positif daripada warganet.

Rata-rata mereka memuji Siti sebagai seorang penyanyi yang hebat, malah ada juga peminat menyifatkan penyanyi tersohor itu tidak pernah gagal memukau dalam nyanyiannya.

“Siti tak pernah gagal memukau saya dengan vokalnya, dari mula muncul hinggalah sekarang.

“Salah menyanyi pun sedap.

“Daripada umur saya 10 tahun macam tu sampailah sekarang datang penyanyi baru macam mana pun, time rasa nak dengar lagu cari lagu Kak Iti juga,” tulis beberapa netizen.

 

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "“Salah Nyanyi Pun…” – Ini Reaksi Peminat Bila Siti Nurhaliza Buat Silap!"