Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ruhainies Tak Bersedia untuk Kongsi Kisah Mr E Lagi


 Umum mengetahui, pelakon Ruhainies menjalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Mr E. Bagaimanapun, Ruhainies berkata dia nekad untuk tidak lagi berkongsi kisah cintanya bersama Mr E untuk tatapan umum.

Memetik Harian Metro, kata Ruhainies lagi dia mahu lebih berhati-hati tentang apa yang akan dikongsikan olehnya selepas ini dan hanya mahu berkongsi mengenai hal kerjayanya.

“Saya banyak belajar daripada pengalaman sebelum ini. Mungkin dulu saya sering berkongsi mengenai kekasih hati kerana dia adalah cinta pertama saya.

“Tipulah kalau saya tak teruja dan gembira berkongsi rasa hati yang berbunga-bunga. Namun, semakin menginjak usia, semakin saya sedar ada perkara yang perlu saya simpan.

“Jadi, sekarang ini saya lebih selesa berkongsi mengenai kerjaya dan perkara berkaitan bidang hiburan. Saya akan lebih berhati-hati,” katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies menyerahkan soal jodohnya kepada Allah, namun mengharapkan jodoh yang terbaik dalam hidupnya.

“Saya tak mahu ulas mengenai kisah cinta dan jodoh. Biarlah saya dan keluarga saja tahu. Saya serahkan kepada Allah kerana Dia lebih tahu. Doakan saya dikurniakan jodoh yang terbaik,” katanya.

Post a Comment for "Ruhainies Tak Bersedia untuk Kongsi Kisah Mr E Lagi"