Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Perlukah Saya Menyerang Pizza Hut...?”, Pelanggan Kecewa Selepas 5 Hari, Aduannya Masih Tidak Dilayan

 Seorang pelanggan Pizza Hut, Arza Niza meluahkan rasa kecewanya di Facebook MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL kerana menerima piza yang tidak mengikut piawaian serta langsung tidak seperti apa yang dipesannya.

Merujuk kepada foto yang dikongsikannya, piza yang diterima oleh Arza Niza tersebut seolah-olah disediakan secara sambil lewa sahaja dan lebih mengecewakan ianya dipesan untuk majlis sambutan hari lahir bersama keluarga.

Menurutnya lagi, Pizza Hut sudah pun sedia maklum mengenai perkara tersebut melalui aduan yang dibuatnya secara bertulis di aplikasi telefon pintar dan melalui panggilan telefon pada hari yang sama.

Namun, dia akhirnya hilang sabar dan nekad untuk menjadikan isu ini viral setelah 5 hari menunggu maklumbalas dari Pizza Hut yang tidak kunjung tiba.

Kesiannya. Pernah tak anda juga mempunyai pengalaman seperti?

Jom baca pengalaman menyedihkan dari Arza Niza ini.

Pizza Hut

Ni boleh kira masak tak jadi juga ke tak ni 😅

Bukan saya yang masak.

Piza ni saya beli pada 18 Mei 2022 di Pizza Hut untuk sambutan hari lahir bersama keluarga.

large pizza, tambah stuffed crust. Tapi yang saya dapat cuma piza large bertopping tak large dan tiada stuffed crust di dalamnya. Terhenti kejap aktiviti otak ni bila buka kotak piza tengok rupa dia begitu 😆

Pada saya, pizza ni tak menepati order dan piawaian maka saya pun buat aduan/maklumbalas di apps piza secara bertulis juga melalui panggilan telefon. Operator kata nanti manager akan call. Tapi sampai hari ni, hari ke-5 dah. Tak ada siapa pun yang call atau memberi maklumbalas atas aduan saya. 😅

Agak-agak kenapa manager tu tak hubungi saya?

Adakah aduan saya ni tak berasas? 🤔

Atau sebab outlet tu baru buka jadi dia tak ada pengalaman untuk selesaikan aduan pelanggan?😌

Top up dia habis mungkin? 😁~sarkastik~

Atau malas la nak layan. Nasib makcik lah.

Perlukah saya menyerang Pizza Hut macam serangan 7-E? 😂 Kihkihkih. Saya gurau saja. Tak ada gigih mak nak buat begitulah.

Apapun, mencabar jugalah nak menghabiskan roti-roti yang tak bertopping tu 🥴 pelan-pelan kami kunyah, cicah la dengan apa-apa bagi tambah perisa.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "“Perlukah Saya Menyerang Pizza Hut...?”, Pelanggan Kecewa Selepas 5 Hari, Aduannya Masih Tidak Dilayan"