Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pemain Piala Presiden Kelantan FC Meninggal Dunia, Kemalangan Jalan Raya

 



Seorang pemain skuad Piala Presiden Kelantan FC meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, lapor Football Association of Malaysia (FAM).

FAM berkongsi berita duka tersebut menerusi satu kenyataan ringkas di laman Facebook rasmi mereka petang tadi.

“FAM menghulurkan salam takziah kepada keluarga penjaga gol skuad Piala Presiden Kelantan FC, Muhammad Faris Ikmal Omar, yang telah kembali ke rahmatullah, tengah hari tadi,” maklum kenyataan itu.

Menurut FAM, difahamkan arwah yang berusia 19 tahun itu meninggal dunia dipercayai akibat kemalangan jalan raya yang didakwa berlaku dalam satu kejadian di Kota Tinggi, Johor.

“Semoga Allah SWT merahmati dan mengampuni segala dosa roh Allahyarham dan memuliakan kematiannya dengan menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggal yang abadi. Aamiinn.

“Al-Fatihah,” tulis kenyataan tersebut.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "Pemain Piala Presiden Kelantan FC Meninggal Dunia, Kemalangan Jalan Raya"