Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Panjangkan Sikit Laaaaa!” - Peminat Tak Puas The House Kamal & Uqasha Tayang Setengah Jam

 


Program The House kembali dengan musim terbaharu menampilkan pasangan pengantin baru Kamal Adli & Uqasha Senrose.

Untuk musim ketujuh ini, Kamal dan Uqasha akan memandu caravan, merentas beberapa negeri di Semenanjung Malaysia untuk berbulan madu.

Menjengah ke episod ketiga, pengembaraan bulan madu mereka diteruskan ke sebuah destinasi cantik di negeri Pahang iaitu Sungai Lembing.

Kerap mengusik isterinya yang semenangnya gayat apabila sampai di sebuah jambatab gantung, jeritan dan aksi takut Uqasha sangat mencuit hati.

Bersiaran selama 30 minit, nampaknya peminat tak berpuas hati dengan tayangan yang singkat ini.

Di laman sosial Twitter, rata-rata peminat mahukan edisi Kamal dan Uqasha ini dipanjangkan memandangkan is bersiaran sekali seminggu.

“habissssssssssss??? hek eleeee kejap gila . Wey Astro panjangkan la sikit cerita ni kemonnn,” komen seorang wargamaya.


“Cepatnya dah habis. TAK PUAS!!!” ujar seorang wargamaya.

“Kenapa setengah jam je ye,” tulis seorang wargamaya.

“Ahhhh habis dah. Baru nak tengok Kamal kacau Qasha,” kata seorang wargamaya lagi.

Cukup mengujakan, bermacam drama dan perkara yang lucu berlaku sepanjang perjalanan mereka, anda wajib menonton The House musim terbaharu ini.

Saksikan Tayangan Perdana The House Kamal dan Uqasha pada setiap Rabu jam 9.30 malam di saluran Astro Ria (104)

Anda juga boleh strim secara terus di platform Astro Go.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "“Panjangkan Sikit Laaaaa!” - Peminat Tak Puas The House Kamal & Uqasha Tayang Setengah Jam"