Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Meski Telah Bercerai, Maria Farida Masih Baik Dengan Bekas Suami - “Anak Lelaki l Selalu Pergi Rumah Dia Bila Hujung Minggu.”



 Selebriti terkenal, Datin Seri Maria Farida mendedahkan hubungannya bersama bekas suami masih baik meski telah bercerai lebih 17 tahun.

Dedahnya lagi, hubungan baik yang terjalin oleh kerana anak lelakinya, Mizan Ashley sering bertemu bapa kandungnya apabila waktu hujung minggu.

Menurut suami aktres berusia 53 tahun ini, Datuk Seri Rahman Shakur berkata dia bersikap terbuka dan menghormati bekas suami isterinya itu.

“Macam saya, kami berdua hormat antara satu sama lain dan dia pun sangat menghormati saya.

“Jadi kita tidak boleh nak minta macam-macam. Bagi saya, kita kena hormat orang dan orang pun hormat kita. Syukur alhamdulillah,” katanya.

Imbas kembali, Maria pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas suaminya itu sekitar tahun 1999 sebelum bercerai pada tahun 2005.

Hasil perkongsian hidup bersama mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mizan Ashley.

Selepas 10 tahun menjanda, Maria berkahwin buat kali kedua bersama Datuk Seri Rahman Shakur pada 27 November 2015.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "Meski Telah Bercerai, Maria Farida Masih Baik Dengan Bekas Suami - “Anak Lelaki l Selalu Pergi Rumah Dia Bila Hujung Minggu.” "