Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lori ‘panjat’ paha ketika bonceng motosikal, tiada luka hanya ada cop tayar... gadis perjelas kenapa tetap jadi pemegang kad OKU!

 

MALANG tidak berbau.

Begitulah pepatah yang sesuai bagi menggambarkan kisah gadis berusia 24 tahun ini apabila ditimpa kemalangan semasa mencari rezeki sehingga menyebabkan dia mengalami kecacatan kekal di kaki.

Menurut Nur Aqilah Ahmad Nazari, ketika kejadian dia membonceng motosikal yang ditunggang rakannya sebelum dilanggar sebuah lori dari arah belakang.

"Dulu saya buat bisnes jual lasagna dengan kakak sebelum saya uruskan secara sendirian selepas dia sambung belajar. Masa nak pergi beli bahan mentah untuk jualan tu, saya bonceng motosikal kawan untuk ke pekan Semenyih.

"Ketika kawan saya cuba memintas sebuah lori yang parkir di tepi jalan hingga menghalang laluan, secara tiba-tiba ada sebuah lori lain yang ada di belakang langgar motosikal yang kami naiki.

"Kejadian berlaku dengan begitu pantas, saya sendiri kurang pasti secara terperinci. Apa yang pasti tak ada kecederaan di bahagian luar cuma rasa pening nak pitam,” jelasnya ketika dihubungi mStar.

Nur Aqilah atau mesra disapa Qila mengimbas kembali insiden yang berlaku pada 2015 itu selepas berkongsi info di TikTok yang dia merupakan pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) kekal.

2FFC3919-2431-42AC-8AF6-35053D29366C

Qila ketika dirawat di HUKM.

Bercerita lanjut, Qila berkata dia dan rakannya dikejarkan ke sebuah klinik berdekatan.

Bagaimanapun doktor yang merawat memaklumkan bahawa tiada sebarang kecederaan serius melainkan terdapat kesan tayar pada paha namun pihaknya tidak melakukan imbasan X-ray.

"Dekat klinik tu doktor cuma balut dengan agak ketat pada bahagian paha, dia berikan suntikan dan ubat tahan sakit. Lepas tu saya cuma tunggu ayah ambil dekat klinik. Apabila ayah tiba, dia berkeras minta lakukan X-ray tapi doktor beritahu tiada kecederaan serius berlaku jadi kami terus balik.

Doktor yang rawat saya dekat HUKM cadang suruh daftar sebagai OKU dekat JKM sebab ada bahagian kaki dah tak berfungsi.

NUR AQILAH AHMAD NAZARI

"Lepas balik dari klinik tu, masa nak turun dari kereta saya pengsan. Jadi ayah terus hantar ke wad kecemasan di Hospital Kajang. Dekat situ baru tahu yang saluran darah pecah, saraf banyak rosak dan memang ada kesan tayar lori pada bahagian paha.

"Saya menangis masa dekat hospital apabila doktor cakap nak kena potong kaki... siap pesan lagi lepas ni tak boleh buat aktiviti lasak. Lepas seminggu dekat Hospital Kajang saya dipindahkan ke HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) pula untuk rawatan lapan bulan seterusnya,” ujarnya lagi.

IMG_1639

Gambar keadaan gadis ini setelah mendapatkan rawatan selama lapan bulan di HUKM.

Jelas Qila yang merupakan anak keempat daripada lima adik-beradik, kakinya tidak dipotong namun bahagian buku lalinya sudah tidak berfungsi seperti biasa.

Disebabkan kejadian malang itu, dia terpaksa mendaftar sebagai salah seorang pemegang kad OKU setelah disahkan oleh Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM).

8E4E2993-EA73-4E3D-AFC0-219B5C0BF560

Bapa serta ahli keluarga menjadi pembakar semangat untuk Qila.

"Doktor yang rawat saya dekat HUKM cadang suruh daftar sebagai OKU dekat JKM sebab ada bahagian kaki dah tak berfungsi. Jadi saya dikira sebagai kategori OKU kekal.

"Kalau tanya macam mana boleh kuat hadapi semua ni, jujur saya cakap sebab ayah dan famili banyak bagi semangat selain doktor yang tak give-up dengan saya.

"Akhir sekali sebab apabila kita dekat hospital, kita tengok ada orang yang sama nasib atau lebih teruk, automatik kita akan muhasabah diri,” jelas Qila menutupi kisahnya.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "Lori ‘panjat’ paha ketika bonceng motosikal, tiada luka hanya ada cop tayar... gadis perjelas kenapa tetap jadi pemegang kad OKU!"