Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kongsi Foto Pegang Perut & Sahabat Doa Selamat Bersalin, Mona Allen Hamil Anak Sulung?


Perkongsian terkini pelakon, Mona Allen di laman Instagram miliknya nyata mengundang rasa teruja di hati para peminat.

Menerusi posting tersebut, Mona dilihat menggenggam erat tangan suaminya



Menurut Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, dia menzahirkan rasa syukur dan berharap agar semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah syukur. Doakan yang baik-baik ya,” tulisnya ringkas.



Bagaimanapun, Mona difahamkan masih lagi belum membuat sebarang pengumuman mengenai kehamilannya itu.


Bagaimanapun, menerusi perkongsian di Instagram stories, seorang rakan kepada Mona dilihat ada menitipkan doa semoga Mona akan bersalin dengan selamat.



Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Mona dan Pekin.


Sekadar informasi, Mona dan Pekin telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 7 Disember 2018.


Komen netizen:

 

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "Kongsi Foto Pegang Perut & Sahabat Doa Selamat Bersalin, Mona Allen Hamil Anak Sulung?"