Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kisah Benar Viral Di Media Sosial, KKN Di Desa Penari Penuh Aksi Menyeramkan

 

Filem yang hangat diperkatakan di media sosial, KKN Di Desa Penari kini boleh ditonton oleh peminat di Malaysia kerana ia sudah pun ditayangkan di seluruh pawagam tanah air.

Filem ini asalnya akan ditayangkan pada awal tahun 2020, namun dek kerana situasi pandemik COVID-19 ia telah pun ditundakan sehingga tahun ini.

Apa yang menariknya, filem ini diangkat dari sebuah thread viral yang lagi heboh sekitar pertengahan tahun 2019, apabila sebuah akaun twitter yang hanya dikenali dengan sebutan @Simpleman menulis sebuah kisah misteri yang berlaku sekitar tahun 2009.

Tweet itu, langsung menjadi bualan para netizen yang tertanya-tanya wujud asli tempat dan kebenaran cerita misteri ini.


KKN Di Desa Penari mengisahkan tentang 6 pelajar dari sebuah kampus di Jawa timur melakukan program Kerja Kuliah Nyata (KKN).

Mereka adalah Ayu, Widya,Nur,Anton dan Bima. Mereka melaksanakan KKN selama 6 minggu di desa yang disebut Desa Penari ini. Empat dari enam tokoh utama dalam kisah ini diganggu oleh sosok dari dimensi lain di desa tersebut.

Kisah ini berakhir tragis dengan hilangnya nyawa dua mahasiswa peserta KKN, namun mereka tidak langsung meninggal pada saat mereka di perkampungan Desa Penari itu.

Sudah lama rasanya filem seram Indonesia tidak benar-benar memberi impak ketakutan yang begitu besar. Namun apa yang boleh kami katakan filem KKN Di Desa Penari ini bakal membuatkan korang merasai keseramannya dengan lakonan mantap oleh Tissa Biani, Aghniny Haque, Adinda Thomas dan Achmad Megantara.

Sejujurnya kami tidak pernah mengikuti kisah seram viral ini di laman sosial, namun setelah menonton filem ini membuatkan rasa ingin tahu yang mendalam tentang kisah sebenar yang berlaku pada sekumpulan pelajar ini.


Biasanya, filem seram Indonesia terkenal dengan sosok makhluk halus berwajah menakutkan dan dipenuhi dengan darah, namun dalam filem ini penonton tidak perlu melihat itu semua kerana jalan cerita dan setiap babak mendebarkan sudah cukup membuatkan mereka tidak senang duduk.

Nah, tak perlu lagi kami cerita panjang, korang boleh tonton sendiri di pawagam bermula hari ini. Selamat menonton!

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ


Post a Comment for "Kisah Benar Viral Di Media Sosial, KKN Di Desa Penari Penuh Aksi Menyeramkan"