Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Isteri Haqiem Rusli Dikecam Seksi, Pakai Baju Ketat Melekap Di Badan

 Pasti ramai tahu penyanyi terkenal Haqiem Rusli dan isterinya, Wan Anis Sofea kini sedang berbulan madu di Turki selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Menerusi Instagram, Haqiem dan isterinya juga tidak lokek berkongsikan gambar kenangan bercuti ke negara itu.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan pakaian yang dipakai oleh isteri Haqiem yang dikatakan agak ketat dan seksi sehingga melekap di badan.

Dalam gambar tersebut Anis Sofea memakai pakaian serba hitam yang ditutup dengan jaket berwarna coklat.

Meskipun sudah memakai jaket namun jaket berkenaan tidak dizip sepenuhnya dan menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya. Dalam pada itu, ada yang memberikan teguran supaya Anis melabuhkan tudung serta tidak menampakkan bahagian dada.

Post a Comment for "Isteri Haqiem Rusli Dikecam Seksi, Pakai Baju Ketat Melekap Di Badan"