Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ini Mungkin Rekaan Dan Spesifikasi Yang Bakal Ditawarkan Buat iPhone 14 Pro

Sudah pun timbul pelbagai spekulasi berkaitan model iPhone terbaharu yang dijangka bakal menampilkan pelbagai pembaharuan termasuklah spesifikasi dalaman dan utama sekali rekaan yang berbeza.

Menerusi saluran Youtube EverythingApplePro, mereka sudah berkongsi sebuah rendering konsep 3D yang mungkin digunakan pada model iPhone 14 Pro kelak. Video konsep tersebut mempamerkan iPhone yang sangat dinanti-nantikan dengan menggabungkan semua aspek berdasarkan spekulasi dan juga informasi dalaman yang tertiris.

Sumber Gambar: Youtube EverythingApplePro

Seperti yang boleh dilihat, iPhone 14 Pro bakal hadir dengan rekaan kamera punch-hole pada bahagian hadapan bersama sensor Face ID berbentuk pil di sebelahnya. Selain itu, rekaan bucu yang bulat turut menambahkan ciri estetik serta tampak lebih sleek pada telefon tersebut seperti rekaan skrin Apple Watch Series 7.

Spekulasi lain yang ada dibincangkan juga adalah penggunaan cip pemprosesan A16 berserta penambah baikan sensor kamera 48MP yang boleh menghasilkan gambar yang lebih padu dan memori mencecah 8GB RAM.  Apa-apa pun, ini hanyalah lakaran sahaja dan pasti akan terdapat sedikit perbezaan rekaan apabila dilancarkan kelak.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sementara itu, Apple juga dijangka bakal menawarkan iPhone menggunakan USB-C mulai tahun hadapan.

Anda Mungkin Suka


Post a Comment for "Ini Mungkin Rekaan Dan Spesifikasi Yang Bakal Ditawarkan Buat iPhone 14 Pro"