Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ebit santuni GRO di Surabaya, syukur pada Allah ramai yang mahu ‘berhijrah’


PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew semalam telah menyantuni wanita pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Surabaya, Indonesia.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Ebit berkata, ada dikalangan wanita terbabit mengenali dirinya dan rata-rata mereka terharu kerana ada pihak yang sudi menyantuni golongan seperti itu.

“Kata mereka sudah lama tiada orang berkongsi ilmu dan nasihat, mereka terharu ada orang sudi menasihati mereka.

“Ada yang dari dulu kerja di tempat begini, menyara keluarga, keluarga susah kadang melayan pelanggan kena mabuk. Ada di antara mereka mengalami tekanan mental,” ujar Ebit.

Mengulas lanjut, Ebit berkata, ada juga kalangan GRO terbabit mahu mengenali Islam dan ingin pulang ke pangkal jalan.

https://www.instagram.com/reel/CdhQTtyD_S8/?utm_source=ig_web_copy_link

“Ada yang minta doakan ingin kerja yang lebih baik dan ingin berkahwin dan menjadi isteri yang baik.

“Dari dulu setiap kali dakwah di pusat hiburan ramai yang akan datang menangis sebab mereka rindukan kebaikan,”ujarnya.

Ebit menambah, semasa dia berdakwah di beberapa kelab di Bukit Bintang dahulu juga ramai yang ingin belajar dan mengenali Islam


“Ramai juga dah berhijrah, syukur pada Allah. Begitulah ujian mereka, kita pun ada ujian dalam hidup.

“Bersyukur jika dapat taat, berusaha sungguh-sungguh dan berdoa meninggalkan yang salah serta tak baik,”katanya.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "Ebit santuni GRO di Surabaya, syukur pada Allah ramai yang mahu ‘berhijrah’"