Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Dia Orang Yang Saya Hargai” - MK K-Clique Belum Berkahwin, Perjelas Status Diri

 Penyanyi rap, MK K-Clique menjawab dakwaan netizen yang mengatakan dirinya sudah berkahwin. Menurut MK, dakwaan tersebut hanya spekulasi dan dia kini dalam proses memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

“Perkara-perkara begini saya perlu jelaskan, saya belum berkahwin. Saya masih dalam fasa memperbaiki diri, mengenali diri sendiri.

Adakah saya mampu untuk menuju ke fasa tersebut. “Adakah mampu untuk membina keluarga dan macam-macam lagi.

Saya masih dalam proses itu sebab saya rasa sebelum anda semua pun tahu saya macam mana.

“Tapi… Alhamdulillah, beberapa tahun kebelakangan ini selepas pendemik, membawa banyak kesan positif pada saya.

Bukan saya sahaja tapi semua orang,” katanya. MK ditemui selepas majlis pra-tonton filem terbaharu lakonannya berjudul Rompak di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Sabtu.

Ketika ditanya mengenai foto siapakan gerangan wanita cantik yang di muat naik di akaun Instagramnya, ini jawapan MK.

“Itu adalah satu yang orang boleh cakap appreciation post. Posting itu hanyalah posting untuk kita menghargai seseorang.

“Saya juga akan mempelbagaikan foto yang ingin di muat naik selepas ini seperti gambar bersama keluarga dan rakan-rakan,” ujarnya.

Tambah MK lagi, dia mahu berkongsi sedikit sebanyak mengenai kehidupan peribadinya kepada peminat yang disayangi.

“Instagram saya sudah terlalu banyak hantaran mengenai kerja jadi saya rasa mahu berkongsi sedikit tentang kehidupan peribadi di platform tersebut.

“Mungkin pada peminat dan juga pengikut Instagram saya yang sedia ada ingin mengetahui serba sedikit tentang kehidupan peribadi saya.

“Jadi saya buat appreciation post itu supaya orang tahu siapa yang saya hargai. Jadi saya mahu peminat anggap dia sebagai orang yang saya hargai, itu sahaja.” jelasnya.

Sebelum ini, tular sebuah video yang merakamkan MK sedang berpegangan tangan dengan seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, dilihat menghadiri sebuah majlis di sebuah dewan dan berpakaian sedondon berwarna hitam dengan wanita berkenaan.

April lalu juga, MK pernah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila memuat naik foto romantis bersama seorang wanita di Instagram miliknya dengan kapsyen “Saya sayang awak.

” Perkara itu membuatkan ramai peminat wanitanya kecewa dan patah hati.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "“Dia Orang Yang Saya Hargai” - MK K-Clique Belum Berkahwin, Perjelas Status Diri "