Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cerai Sebab Isu Vaksin & Cari Isteri Baru? Anak Ellie Luah Kemarahan

Bercakap kepada Malaysiakini, Ellie menjelaskan, lafaz talak satu itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor di depan Hakim Muhamad Hisyam Zakaria pada jam 9.34 pagi tadi.

“Kami tak memohon hak penjagaan anak-anak kerana ia akan dilakukan secara bersama. Anak lelaki, Azrell akan tinggal bersama Azri, manakala yang perempuan, Nur Azreen akan menetap bersama saya.

“Tapi sekiranya saya perlu menjalani penggambaran ke luar negeri, Azri akan menjaga kedua-duanya. Ia semudah itu.

“Malah anak-anak Azri (dengan bekas isteri pertama) juga rapat dengan saya, jadi memang tiada isu sekiranya mahu bertemu meluangkan masa,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Manakala, melalui hantaran Instagram, anak Elli Suriati, Azreel tampil meluahkan rasa bengang berhubung penceraian antara ibu bapa mereka yang dikatakan oleh netizen berpunca daripada isu vaksin.

“Jujur aku tengok satu-satu komen…harini mak ayah aku cerai kan, aku sengaja sakitkan hati sendiri nak baca komen orang.

“Aku tak sangka kisah penceraian mak ayah aku ni dapat perhatian media, jadi aku sebagai anak aku nak baca lah apa pandangan orang lain tentang penceraian mak ayah aku samada orang tu tahu ke orang tu buat-buat tahu ke…

“Tapi jujurlah satu benda, aku bengang…bengang orang main tuduh-tuduh ni, cakap gaduh sebab vaksin la…benda tu takde kena mngena pun, beberapa bulan lepas mak aku dah kena interview dengan Melodi, dah tunjuk dah status MySejahtera dia …

“Jadi siapa yang tertinggal cerita tuu masalah korang lah bukan masalah dia(mak aku) …pastu tak ke teruk sangat tu kalau gaduh pasal vaksin je…”, luahnya tak berpuas hati dengan sesetengah netizen yang pandai-pandai membuat andaian mereka sendiri.

“Orang memang boleh bercakap, boleh komen kan…tapi fikirlah sikit jangan cakap tu macam kita ni terlebih arif sangat macam dah duduk satu rumah, satu bilik dengan kitorang.

“Diorang(mak ayah aku) sekarang fokus kerja masing-masing, hidup masing-masing tapi masih lagi maacam sebuah keluarga, macam saudara-mara.

Menerusi perkongsian video yang berdurasi 5 minit itu, rata-rata pengikutnya mendoakan supaya Azrell dan adik-beradiknya yang lain sentiasa kuat dan tabah dalam menghadapi isu penceraian ibu bapa mereka ini.

Kuat semangat ya adikku

Adik ni Matang sangat

Jangan Pedulikan Diorang

 Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ 

Post a Comment for "Cerai Sebab Isu Vaksin & Cari Isteri Baru? Anak Ellie Luah Kemarahan "