Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Berjiran Dengan Awal Ashaari, Lufya Omar Dedah Nak Hantar Blender Pun Kena Minta Izin Management

 Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon dan pengacara, Awal Ashaari didakwa melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Lufya Omar yang tinggal di perumahan yang sama mendedahkan turut mengalami pengalaman buruk.

Lufya berkata cara pihak berkenaan yang keterlaluan menjaga keselamatan sehingga menyukarkan penduduk. Lufya juga mendakwa seorang pekerja di pengurusan itu juga tidak boleh bertolak ansur sehingga menimbulkan salah faham.

“Saya pun pernah alami benda yang lebih kurang sama. Saya pernah dihalang masuk sebab lambat bayar yuran selenggara. Saya bukan sengaja lambat bayar, tapi ada masalah management itu.

“Malah, orang nak hantar blender pun, saya nak kena beritahu pengurusan… semua benda nak kena minta izin pengurusan. Mungkin dia nak menjaga keselamatan tapi keterlaluan pula. Buat macam kami ini semua tahanan di pulau.

“Bagi saya, ni bukan masalah pihak pengurusan tapi pekerja wanita itu yang kurang ajar! Ramai penduduk di kawasan perumahan ini memang tak puas hati dengan dia. Bagi saya, dia memang biadab!

“Jiran belakang rumah saya pun marah dengan pekerja wanita itu yang masuk ke rumahnya yang sedang diubah suai tanpa izin,” katanya.

Dalam pada itu, Lufya berkata meskipun mempunyai yuran tertunggak namun pihak pengurusan tiada hak untuk menghalang pemilik masuk rumah sendiri.

Lufya yang berjiran dengan Awal berkata suami kepada aktres Scha Al Yahya itu seorang yang budiman dan tidak pernah menganggu orang lain.

“Saya berjiran dengan Awal… rumah saya bersebelahan dengan rumah dia. Kawasan kejiranan kami memang sangat bagus. Awal seorang yang budiman dan bukan jenis nak cari fasal dengan orang lain. Netizen salah faham ingat dia langgar palang pagar dengan kereta.

“Tapi sebenarnya dia sekadar naikkan palang guna tangan sebab nak masuk rumah ambil barang. Memang la dia tak bayar yuran pengurusan tapi kenapa nak halang dia masuk rumah sendiri?

“Sepatutnya kalau dia tak bayar, hantar la surat amaran dahulu. Lagipun, bukannya Awal menyewa di situ tapi memang rumah dia,” katanya.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "Berjiran Dengan Awal Ashaari, Lufya Omar Dedah Nak Hantar Blender Pun Kena Minta Izin Management"