Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Belum Ada Rezeki Anak, Izzue Islam & Isteri Beli Rumah Idaman. Memang Cantik

 Hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasti pelakon dan penyanyi Izzue Islam tidak terlepas berkenaan soalan mengenai cahaya mata.

Berkongsikan mengenai perkara itu dalam program temu bual Wanita Hari Ini, Izzue mengakui pernah berasa tertekan sering ditanyakan mengenai soal anak. Izzue berkata anak memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga namun belum rezeki untuk mereka menimang cahaya mata.

“Pada awalnya, memang ada rasa stres bila balik kampung jumpa kawan-kawan, kita dah 3-4 tahun kahwin, kawan baru sahaja dah dapat anak. Bila ada yang bertanya tu memang tak nafikan ada rasa stres, kecil hati juga kadang-kadang tu.

“Ada yang tanya serius memang nak tahu kita bila nak dapat, tapi ada juga yang kadang-kadang bertanya tu boleh meny4kitkan dan menggvris hati kita,” katanya.

Dalam pada itu, Izzue berkata meskipun belum dikurniakan cahaya mata, dia dan isteri Awin Nurin tetap bahagia serta sentiasa bersikap positif jika berdepan soalan tersebut.

“Jadi kami memang kena positif, macam mana cara kita jawab pertanyaan tu pun kena positif supaya orang tu tak rasa yang kita stress. Jangan tunjuk kat orang yang kita stres dan walaupun kami berdua belum dikurniakan cahaya mata, kami bahagia Alhamdullilah,” katanya.

Beli Rumah Idaman

Baru-baru ini, perkongsian pelakon dan penyanyi Izzue Islam menjadi perhatian meluahkan rasa syukur apabila diberikan rezeki untuk memiliki rumah sendiri bersama isterinya, Awin Nurin.

Meskipun belum dikurniakan rezeki cahaya mata, namun pasangan itu teruja berkongsikan momen menjejakkan kaki di rumah pertama mereka.

Berkongsikan video di aplikasi TikTok, Izzue turut merakamkan momen ketika mendapat kunci rumah idamannya itu di sekitar Eco Grandeur di Puncak Alam, Selangor.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat pasangan itu. Malah, ramai yang memuji Izzue dan isteri setia bersama biarpun belum diberikan rezeki zuriat lagi. Malah, netizen turut memuji Izzue adalah suami contoh kerana sentiasa menggembirakan hati isterinya.

“Tahniah boh..u both deserve for it” komen Fizo Omar

Post a Comment for "Belum Ada Rezeki Anak, Izzue Islam & Isteri Beli Rumah Idaman. Memang Cantik "