Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ayie Floor88 Bakal Timang ‘Baby Girl’, Dah Siap-Siap Buka Akaun Instagram Anak

Vokalis kumpulan Floor88, Ayie Elham akhirnya mendedahkan dia bakal menimang cahaya mata perempuan pada satu majlis ‘gender reveal’ yang diadakan pada malam Jumaat.

Turut kelihatan pada majlis itu ialah isteri Ayie, Tasha Awie yang kini sedang sarat hamil cahaya mata sulung pasangan tersebut.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan baik pasangan berkenaan.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ayie atau nama sebenarnya, Nik Fadlee Elhamshah, 25, turut memaklumkan dia sudah membuka akaun Instagram untuk anak sulungnya dengan menggunakan nama @aetajunior.

Setakat ini, akaun tersebut sudah mengumpul lebih 3,000 pengikut sejak ia mula dibuka pada Jumaat.

Sebelum ini, Ayie mengakui sudah melakukan pemeriksaan jantina bayi namun masih samar-samar.

Sekadar informasi, Ayie mendirikan rumah tangga dengan Tasha Awie atau nama sebenarnya, Nur Natasha Ahmad Nawawi, 23, pada 21 Oktober tahun lalu.

Tasha dijangka bersalin pada Ogos atau September depan.

Sumber: MH

Post a Comment for "Ayie Floor88 Bakal Timang ‘Baby Girl’, Dah Siap-Siap Buka Akaun Instagram Anak"