Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Apa Yang Dorang Nak, Doa Setiap Hari…” - Anak Menangis Dapat Surprise, Lan Solo Beli Kereta

 


Tiada perkara lebih indah melainkan dapat kejutan daripada insan tersayang dan itulah perasaan yang dirasai oleh anak-anak penyanyi, Lan Solo.

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Lan menyatakan rasa gembira kerana berjaya membuat kejutan kepada anak-anaknya dengan membeli sebuah kereta Velfire.

Lebih istimewa lagi apabila anak sulungnya, Nur Amna Qaleesya sebak dan mengalirkan air mata.

“Kejutan berjaya. Kakak sampai nangis-nangis. Alhamdulillah, apa yang dorang nak, apa yang dorang doa setiap hari satu per satu Allah makbulkan.

“Terima kasih kepada semua yang selalu mendoakan, memberi sokongan terhadap perniagaan yang kami jalankan.

“Selain daripada manfaat untuk orang ramai yang dapat kami kongsikan, dapat juga kami membahagiakan anak-anak dan keluarga kecil kami,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nur Sheila Hassim juga gembira dengan hasil titik peluh dan penat lelah mencari rezeki bersama suaminya akhirnya berjaya menunaikan hasrat anak-anak mereka.

“Alhamdulillah 13 tahun bersama-sama. Semua kami buat sama-sama, gaduh, tidur, makan, nangis dan beli kereta pun hasil bersama-sama!

“Orang lain mungkin dah lama pakai. Kami baru dapat rasa. Rezeki anak-anak yang kami tumpang.

“Sentiasa juga ada merasa ikhlas untuk memberi manfaat pada ramai orang dan selalu memberi makan, Insya-Allah rezeki tak putus.

“Lagi rasa ketat, sesak, lagi banyak sedekah. Percayalah Allah tahu bila masa ygan sesuai untuk bagi rezeki pada hamba-Nya.

“Bila di duga terus berdoa dan berdoa Hidup bukan untuk dinilai manusia. Hidup untuk masa “depan” kita dekat sana,” luahnya di akaun Instagram.

Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof dan Sheila berkahwin pada 6 Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, Muhammad Akid Qassyaff dan Nur Amna Quxandra

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "“Apa Yang Dorang Nak, Doa Setiap Hari…” - Anak Menangis Dapat Surprise, Lan Solo Beli Kereta"