Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Aku Takde Pilihan!!”-Erma Fatima Sebak Melepaskan Anak Angkat Ke Kota Tarim

 

Pengarah, penerbit, dan pelakon, Erma Fatima meluahkan rasa sebak untuk melepaskan anak angkatnya, Nurain  menziarahi Kota Tarim di Hadramaut, Yaman.

“AKU TAK ADA PILIHAN!!”

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Nurain yang lengkap berjubah dan memakai niqab kelihatan melambaikan tangan. Erma akui hanya Allah sahaja yang tahu betapa berat hatinya melalui situasi tersebut.

“AKU TAKDE PILIHAN!! Hanya Allah saja yang tahu kesedihan hati ini melepaskan dia pergi. Ini tanggungjawab aku. Satu hari nanti kau akan mengerti pentingnya ilmu akhirat buat kehidupan duniamu.”-Erma Fatima

via Instagram Erma Fatima

Tambah Erma, dia bukan sahaja kehilangan seorang anak perempuan, malah seorang teman yang sentiasa mendengar keluh-kesah hatinya, juga sentiasa mengingatkan dirinya dalam pelbagai perkara.

“AKU KEHILANGAN bukan sahaja anak aku..Best friend aku..teman yang mendengar segala keluh resah hati aku..Yang juga sering mengingatkan aku banyak hal. Yang menguruskan banyak urusan hidup aku. Yang menjadi teman gaduh aku. Rumah ini sepi tanpanya.”-Erma

Netizen Beri Kata-Kata Semangat

Ruangan komen dibanjiri dengan komen netizen yang memberi kata-kata semangat, malah ramai yang mendoakan agar anak perempuan Erma bakal pulang membawa kebanggaan untuk pengarah filem terkenal itu.

“Gi Tarem ke. Semoga jumpa lagi. Balik nanti temankan aunty jugak baca baca macam hari tu..”-Sharifah Shahira

“Ain anak baik, tutur katanya lembut dan hormat orang tua. Jadi geng gurau senda pun boleh. Akak gonna miss u Ain. Moga dipermudahkan segala urusan.”

“Alhamdulillah dapat ke Tarim..Kuatkan hati semangat . Bumi yang suci penuh ulama’. Syukur.”

“Tahniah Ain, Semoga pulang membawa kebanggaan untuk Mama Erma.”

via Instagram Erma Fatima

Selain Nurain, pengarah terkenal ini turut memiliki 4 orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, Ahmad Arir, Ahmad Aifin, dan Citra.

Dipetik daripada Harian Metro, Kota Tarim di Hadramaut, Yaman antara tempat bersejarah dan terkenal sebagai ‘Kota Seribu Wali’ kerana menjadi tempat berkumpulnya wali Allah. Malah, masyarakat di kota itu juga dirahmati dengan kebaikan serta perilaku mulia kerana memiliki darah keturunan Nabi Muhammad SAW.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Post a Comment for "“Aku Takde Pilihan!!”-Erma Fatima Sebak Melepaskan Anak Angkat Ke Kota Tarim"